Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SALAM AIDILFITRI

Nurul Aini rancang dua sesi rumah terbuka

Apakah keistimewaan Hari Raya tahun ini buat dua pengacara dan pelakon anggun Singapura, Nurul Aini Abdul Rahim dan Huda Ali, yang masing-masing memiliki keupayaan berlawak spontan? BERITA HARIAN melaporkan.
Apr 22, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN sudah empat tahun menetap di rumah teres tiga tingkat bersama keluarganya, pengacara dan pelakon Nurul Aini Abdul Rahim bakal merasakan keseronokan mengundang ramai tetamu menjamu selera sempena Lebaran tahun ini.



Ini memandangkan bagi beberapa sambutan Hari Raya yang lalu, rumah terbuka tidak dapat dianjurkan sebab sekatan pandemik Covid-19. Nurul, 40 tahun, malah memberitahu Berita Harian (BH), suaminya Sofian Roslan, seorang ejen hartanah, merancang mengadakan dua sesi rumah terbuka bagi menampung teman-teman, rakan sekerja mahupun teman memancing.



Setelah menjayakan program malam Raya, Sinar Lebaran 2023, pada Jumaat, Nurul berkongsi tentang sambutan Raya bersama tiga anaknya, Shan Ehan, Shaista Eman dan Shania Eva.



Katanya ketika dihubungi: "Kami akan 'go all out' untuk Hari Raya tahun ini di rumah baru saya yang dah tak baru lagi. Apa nak kata? Kami pindah...tak lama selepas itu Covid-19 melanda. Tak dapat nak undang ramai orang ke rumah kami.



"Jadi suami saya berura-ura nak bikin dua sesi rumah terbuka untuk rakan daripada kelompok berbeza serta kliennya."



Nurul dapat jangkakan suasana Hari Raya tahun ini lebih meriah dan sibuk dengan anaknya Shaista meningkat remaja dan mula nak bergaya dengan dandanan rapi dan aksesori.



"Dulu dia boleh keluar rumah sahaja tanpa solekan. Sekarang dah pandai nak pakai gincu dan pembayang mata serta aksesori. Jadi saya perlu bantu siapkan dia juga.



"Kebiasaannya selepas solat Aidilfitri, kami makan lontong dan ketupat bersama serta mohon maaf.



"Saya suka makan yang kering. Cukup sekadar lontong dan ketupat dengan sambal tumis kerang, serunding dan sambal goreng pengantin. Bab nak bergambar biasanya leceh sebab budak-budak ni payah disuruh bergambar sebab saya dan suami suka ambil foto banyak-banyak. Mulalah mereka merungut," katanya sambil tertawa.



Kalau menyentuh tentang kuih-muih pula, ada pelbagai jenis tart nutella yang ditempah Nurul kerana akui memang dirinya 'hantu tart nutella' yang akan cuba daripada bermacam pembekal.



Dari segi kerjaya seni, Nurul rasa bertuah dapat kembali ke pentas Sinar Lebaran2023 bagi sketsa komedi keluarga Hassan dan Hasnah yang dijayakan bersama Suhaimi Yusof, Huda Ali dan Khairudin Samsudin.



Peranan Nurul adalah sebagai Habibah (Bib), menantu Hassan dan Hasnah yang bersuara 'kepit'.



"Saya tak tolak sebab sukakan keserasian antara kami berempat. Dah lama tak berlawak depan penonton 'live'. Mereka akan beri respon yang berbeza. Lebih menggembirakan apabila Kak Lina Pom Pom sertai kami. Saya memang suka cara beliau mengacara. Tanya penerbit tentang peranannya dalam sketsa kami tapi tak ada yang dapat beri jawapan konkrit.



"Saya belajar tentang kespontanan 'main lagau' apabila berkongsi pentas dengan Suhaimi dan Khairudin. Mereka bawa pengalaman bersama mereka. Saya cuba spontan tapi kadangkala macam tak kelakar...jadi masih banyak perlu belajar daripada 'otai' berdua ni," jelas Nurul.



Beliau juga gembira kerana dipilih sebagai pengacara satu program realiti mencari penerbit dan pengarah baru, Tayang, yang akan disiarkan di Suria pada Mei.



"Penerbit dan pengarah dicabar bikin filem berlainan tema, dari seram, komedi, cinta komedi romantis dan bermacam lagi.



"Dalam era Netflix, inilah program yang kita tunggu-tunggu. Sepanjang 16 episod, kita lihat mutu kerja seni dan bakat luar biasa yang boleh kita manfaatkan bagi program akan datang. Saya boleh katakan antara 80 hingga 90 peratus penonton masa kini tonton kandungan Netflix yang rata-rata bagus. Tayang membantu kita fahami cita rasa dan landskap dunia hiburan yang berubah," ujarnya.



Dalam pada itu, Nurul juga tumpang bangga apabila anaknya Shaista mengikut jejak langkahnya dan muncul sebagai pelakon cilik dalam Kelab Juara Mic Junior (Musim Kedua) selama 13 episod.



Shaista, 11 tahun, yang ada di sisi Nurul berkata: "Kadangkala saya risau kalau terlupa skrip. Kalau pelakon lain boleh ingat tapi saya pula tidak, bagaimana? Ia timbulkan tekanan juga."



Menurut Nurul, beliau akan membantu Shaista menyemak dan mengulangkaji skrip untuknya memahami jalan cerita drama itu.



"Saya tak nak dia buat silap macam saya dulu yang hanya baca skrip bagi babak saya sahaja tetapi tidak untuk pelakon lain. Bangga saya ada anak yang cintakan seni lakon. Dulu semasa kecil, tengok macam tak minat. Sekurang-kurangnya minat itu datang dari dirinya sendiri dan bukan saya yang paksa.



"Cuma tahun depan memandangkan dia akan ambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), saya mahu dia fokus pada pelajaran dan takkan ambil tawaran bertembung dengan jadual ulang kajinya.



"Sebagai ibu, saya tak menghalang minat anak. Saya juga tak terlalu berkobar-kobar nakkan dia ceburi bidang seni. Nampak yang bongsu dengan perangai 'gediknya' pun kemungkinan besar akan ikut jejak kakaknya masuk televisyen," jelas Nurul yang sering menghabiskan masa 'girl bonding' dengan Shaista menerusi acara hiburan seperti konsert 'boyband' K-Pop, 'Treasure'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >