Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nyanyi lagu Raya pakai baju ketat, Aliff Shukri dipalit kontroversi lagi

Apr 01, 2023 | 05:30 AM



USAWAHAN dan selebriti dari Malaysia, Aliff Shukri sekali lagi mengundang kontroversi selepas beliau menerbit klip video beliau berdansa dan bernyanyi dengan sekumpulan lelaki yang berpakaian baju ketat, samping dan mengenakan songkok.



Menari dengan memakai baju ketat yang diibaratkan pakaian penari balet atau penyelam skuba itu dianggap tidak menghormati Ramadan, kata seorang warganet.



"Tidak boleh ke pakai baju yang elok-elok... bila bulan puasa saja buat hal," kata seorang warganet.



Seorang lagi berkata:



"Saya rasa pakaian Aliff ini tidak sesuai untuk bulan puasa. Mungkin Datuk boleh padam dan buat video yang sama tapi pakaian yang tidak ketat dan menjolok mata."



Dalam pada itu, ada juga warganet yang meminta agar tidak terpedaya dengan taktik digunakan Aliff untuk mendapat perhatian bagi mempromosikan lagu terbarunya itu.



Sebahagian pula berkata mereka menjangka Aliff akan berkelakuan seperti 'mangsa' pula apabila teruk dikecam dan berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) segera mengambil tindakan terhadapnya.



Aliff atau nama penuhnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 36 tahun, berkata beliau sekadar ingin menguar-uarkan lagu baru yang diterbitkan sempena Hari Raya tahun ini.



Lagu itu berjudul Cak Cun Cak Raya.



Kata Aliff, beliau berharap lagu tersebut dapat memberi sinar kebahagiaan kepada masyarakat yang mendengarnya.



"Beri laluan, lagu Raya nombor satu trending empat tahun berturut-turut, Cak Cun Cak Raya.



"Daripada artis nombor satu Malaysia," kata beliau.



Pada Oktober tahun lalu, Aliff dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April 2022.



Aliff sebelum itu dipanggil memberi keterangan di SKMM bagi membantu siasatan susulan klip video muzik sempena Aidilfitri.



Klip video Raya berkenaan memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >