Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Olivia Newton-John diingati  rakan artis sebagai sahabat sejati

Aug 10, 2022 | 04:41 PM



WALAUPUN penyanyi, pelakon dan aktivis masyarakat dan sekitaran Dame Olivia Newton-John berada jauh beribu batu, sahabat dan peminatnya sentiasa mengingatinya sebagai legenda ikonik bersuara merdu lagi baik budi.


Dikenali sebagai Sandy dalam filem muzikal pecah panggung Grease dan Kira (Terpsichore) dalam filem Xanadu, Newton-John, 73 tahun, tewas dalam perjuangannya menentang barah selama tiga dekad dan meninggal dunia Isnin lalu (8 Ogos).


Barah buah dada yang dialaminya pada 1992 awalnya sembuh tetapi kembali pada 2013. Pada 2017, barah itu sudah merebak ke tulang belakangnya dan dikesan sudah sampai ke tahap lanjutan.


Pemergian Newton-John di rumah ladangnya di California Selatan diumumkan di Instagram oleh suaminya, Encik John Easterling, seorang usahawan dan pejuang sekitaran.


“Olivia adalah lambang kejayaan dan harapan selama lebih 30 tahun dengan berkongsi perjalanannya mengharungi barah buah dada.


“Inspirasi yang diraih daripada usaha perintisnya mencari penawar dan pengalamannya memanfaatkan perubatan alam tanam-tanaman diteruskan dengan Dana Yayasan Olivia Newton-John yang diperuntukkan untuk kajian dan penyelidikan perubatan tanam-tanaman dan barah,” jelas Encik Easterling. 


Laporan lanjut di Berita Harian esok (11 Ogos).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >