Setelah melalui alam pekerjaan di beberapa sektor berbeza, saya mengambil langkah berani untuk berhenti daripada tugas pejabat 9 pagi hingga 5 petang selaku pengurus di sebuah badan kebajikan kucing untuk mengubah hidup saya pada 2022.

Sebagai seseorang yang yakin dengan kuasa pena yang lebih tajam daripada pedang, saya bulat tekad menjadi penulis kembara sepenuh masa. Kemahiran baru itu dan simpanan saya dimanfaatkan untuk mengelilingi dunia selama tiga bulan setengah.