Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Orang lama' drama SG sahut cabaran lakonan era baru

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



MEREKA bermula sebagai pelakon pentas 1980-an yang membawa watak 'hero' dan 'heroine' di bawah kumpulan seni Sriwana sebelum bakat lakonan yang ada mampu ditebar ke siaran sandiwara televisyen dan pentas radio.



Dengan adanya media sosial kini, dua pelakon veteran Singapura, Norsiah Ramly, 50-an tahun, dan Joe Jasmi, 64 tahun, turut dilamar bagi projek untuk siaran aplikasi meWATCH, laman Facebook dan YouTube.



Lantaran itu, kededuanya yang mempunyai keserasian dan kerap berlakon sebagai suami isteri bahkan turut menjayakan telefilem khas Korban Si Ijat yang kini bersiaran di meWATCH, bersyukur bakat mereka masih tetap dihargai.



Mereka menjadi datuk penyayang dan nenek garang yang perlu menjaga cucu yang merupakan anak yatim.



Kata Joe atau nama sebenarnya, Jasmi Md Nor:



"Saya kira disiplin dan komitmen orang lama seperti kami yang membuatkan penerbit atau pengarah hari ini masih inginkan khidmat lakonan kami termasuk dalam projek Facebook.



"Memanglah pada zaman muda, boleh jadi 'hero' di pentas atau sandiwara televisyen. Sekarang, saya terima hakikat watak yang diberi biasanya peranan sebagai ayah atau datuk. Esok lusa mungkin jadi moyang.



"Walau bagaimanapun, saya akan tetap beri yang terbaik... perlu ada kajian dalam setiap watak. Dulu boleh jadi 'hero' penyayang atau 'hero' lasak dan tegas... sekarang pun, boleh kaji cara nak bawakan watak datuk penyayang atau datuk garang."



Di lubuk hati Norsiah pula, dapat dijana lebih banyak projek dengan watak utamanya merupakan warga emas yang telah banyak melalui asam garam kehidupan.



"Saya pernah terfikir untuk bikin skrip tentang seorang wanita berusia yang telah melalui banyak pahit manis dalam kehidupan serta membesarkan anak.



"Biar watak utamanya adalah si ibu tua yang menangani banyak isu keluarga. Daripada fokus pada watak 'hero' atau 'heroine' muda, saya rasa boleh juga peranan utama ini adalah pelakon lebih mapan yang mengimbas balik kehidupannya.



"Saya rasa pelakon seangkatan saya masih mampu menyahut cabaran membawa watak berat sebegini sebab apa yang boleh dikupas adalah jalan cerita tentang iktibar kehidupan," katanya.



Zaman Panggung Victoria atau Pusat Drama menjadi ruang berseni memang sudah lama berlalu.



Namun, ia dikenang sebagai antara pengalaman manis yang sukar dilupakan sebab proses menjadi pelakon televisyen sesudah bergiat dalam bidang teater makan masa yang lama.



Mengimbas semula, Joe menjelaskan:



"Saya dahulu lebih cenderung pada muzik, bukan pada lakonan sehinggalah teman-teman saya kata, 'Eh kau ni pandai berbual... rasanya tak ada masalah hafal skrip, mengapa tak jadi pelakon?'



"Pada waktu itu juga, saya masih ingat saya menonton televisyen. Drama Puncak mengetengahkan Norsiah. Saya pun tengok, 'Wah... bukan main cantik dan manis si Norsiah ni'... terus jatuh cinta bukan dengannya tapi pada bidang lakonan.



"Apabila saya tengok dia berlakon, saya rasakan macam-macam watak yang kita boleh bawa dan ilmu seni yang boleh kita timba. Tak sangka beberapa tahun selepas itu, dapat berlakon dengan Norsiah, malah sering dipasangkan sebagai suami isteri dalam pelbagai projek seni."



Bagaimanapun, beliau akur proses beralih dari lakonan pentas ke televisyen dan radio tidak mudah.



"Awalnya, saya dan sahabat saya, Azman Shariff, pernah menjelajah ke Kuala Lumpur untuk kononnya nak jayakan projek lakonan. Sampai ke sana, rupanya projek yang dijanjikan tak ada. Kami kena tipu!



"Tapi kejadian itu buatkan semangat kami cekal. Pulang kembali ke Singapura, saya terus pertingkatkan usaha untuk tunjukkan bakat lakonan saya.



"Walau makan masa dan tidak semudah budak zaman sekarang yang masuk Anugerah Skrin atau pergi uji bakat langsung dapat watak utama, saya perlu tunggu lima tahun untuk muncul di pentas... kemudian lagi dua tahun, berlakon di televisyen pula. Banyak latihan garap kemahiran sebelum muncul di khalayak ramai," cerita Joe lagi.



Norsiah pula memasuki Sriwana atas keizinan bapanya dan dicungkil bakat lakonannya sesudah pengarah drama ketika itu, Bani Buang, menyaksikan pementasan Puncak, lantas berminat mengalihkannya dalam versi drama televisyen.



"Dengan rambut panjang dan berkebaya, saya pergi ke sesi uji bakat. Semasa itu, saya seangkatan dengan pelakon dan pengarah Azhar Noor Lesta.



"Kini, apa yang ditimba sepanjang tempoh itu dapat dijadikan perkongsian buat anak-anak muda apabila kami kendalikan bengkel lakonan.



"Apa yang saya hargai adalah pelakon cilik yang jadi cucu saya dalam Korban Si Ijat, Shaqeel Jailani, kerja keras dan bersungguh-sungguh berlakon.



"Biasa budak kecil ada mood dan susah fokus tetapi dia dengar kata dan menghiburkan dengan keselambaannya. Saya dapat rasa dia berpotensi besar jadi generasi pelakon berbakat selanjutnya.



"Cuma kasihan, dia kena piat dan cubit dengan saya berkali-kali sampaikan saya rasa terkesan sehingga nak menangis. Tapi ditegur pula pengarah, Azhar Noor Lesta. Saya tidak dibenarkan nangis sampai beratkan drama ni," jelas Norsiah.



Tersemat banyak nilai dan nasihat dalam Korban Si Ijat, termasuk kepentingan orang tua usul periksa duduk perkara sebelum menghukum cucu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >