Premium
Orkestra Sri Temasek gigih perkaya warisan Melayu
Jan 6, 2019 | 5:30 AM
GABUNGAN IDEA ANAK MUDA: Presiden dan pengasas bersama Orkestra Sri Temasek, Encik Hanafi Idrus (dua dari kanan) dan pengasas bersama serta pengarah muzik, Encik Megat Muhammad Firdaus Mohd (kanan), terus memperjuangkan irama muzik tradisional agar segar dicintai generasi penggiat seni muda. - Foto ORKESTRA SRI TEMASEK -
APABILA ditanya tentang azam dan harapan tahun barunya buat Orkestra Sri Temasek (OrST), pengasas bersama dan Presiden OrST, Encik Hanafi Idrus, ingin terus menggali dan menghidupkan khazanah warisan bangsa dan memperkaya warisan melalui usaha baru.
Beliau akur antara cabaran yang dihadapi dalam menarik generasi muda agar mencintai muzik tradisional ialah tanggapan yang bermain dalam minda sebahagian daripada mereka.

