Kanak-kanak perlu bermain di luar selama sekurang-kurangnya dua jam sehari, sama ada ketika berada di sekolah atau dalam kawasan kejiranan.

Pensyarah kanan di jabatan psikologi serta pembangunan kanak-kanak dan manusia di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Dr Hanin Hussain, menyarankan sedemikian berdasarkan panduan Kolej Pediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak Singapura, bahawa kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun perlu melakukan kegiatan fizikal selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari dalam persekitaran selamat.