Topik diikuti
Pergi ke BHkuPaling kuat tidak semesti yang paling tegap, sasa
Paling kuat tidak semesti yang paling tegap, sasa
Paling kuat tidak semesti yang paling tegap, sasa
KECIL jangan disangka rapuh.
Besar tak semestinya sasa.
Mental yang kuat, azam yang berkobar dan mengusai teknik yang betul ternyata menjadi kekuatan seseorang untuk bertahan, menempuh apa juga cabaran yang di hadapan.
Itulah yang ditunjukkan dalam rancangan Physical 100, rancangan terbaru dari Korea Selatan yang kini menduduki carta pertama di saluran penstriman, Netflix.
Dalam rancangan ini, seramai 100 peserta lelaki dan wanita dalam bentuk fizikal terbaik mereka, bersaing dalam cabaran-cabaran yang sengit setiap episod.
Matlamat Physical 100 adalah untuk mencari tubuh yang paling gagah di Korea Selatan, dan pengarah telah sengaja membawa atlet, pempengaruh di media sosial, penghibur dan personaliti daripada pelbagai bidang untuk mengambil bahagian.
Daripada memberi fokus kepada bentuk fizikal yang menarik, peserta Physical 100 lebih perlu membuktikan kekuatan dan ketahanan mental.
Dalam siri itu, tidak ada satu badan yang sama dengan peserta yang lain.
Dalam episod pertama, para peserta berjalan masuk ke dalam dewan yang dipenuhi dengan patung plaster tubuh mereka dari leher hingga ke pinggang.
Semasa mereka masing-masing bergerak untuk mencari badan plaster mereka, kamera bergerak mendekati setiap satu dan mempamerkan perbezaan mereka dalam saiz, otot dan sebagainya.
Perbezaan dalam jenis badan memberi kesan langsung kepada cabaran itu sendiri dan merumitkan pemilihan tentang siapa yang mereka akan lawan dan memastikan pesaing akan dicabar hebat sehingga ke tahap maksimum mereka.
Cabaran lain termasuk pertempuran satu lawan satu dalam lubang lumpur yang tentunya memberi kelebihan kepada kepada mereka dalam sukan pertarungan seperti judo, seni bela diri campuran (MMA) dan tinju.
Perbezaan jenis tubuh menjadi penentu untuk peserta menghadapi cabaran yang diberikan - kadangkala bentuk badan mereka menjadi penghalang bagi sesuatu cabaran, tetapi kadangkala ia memudahkan mereka berada di tempat yang selamat.
Elemen ini secara tidak langsung menyedarkan kita bahawa setiap bentuk badan mempunyai keistimewaan tersendiri dan peserta harus saling hormat menghormati kerana masing-masing ada kelebihan dengan cara tersendiri.
Dalam Physical 100, ialah tiada pemisah jantina dan ia tidak mencari badan lelaki atau perempuan yang terbaik.
Sebab itu tiada kategori wanita atau lelaki dan kesemua peserta bersaing dalam tempoh masa dan jenis cabaran yang sama.
Episod seterusnya akan disiarkan pada 14 dan 21 Februari.
