F-22 RAPTOR: Satu lagi pesawat asal Amerika Syarikat yang membuat penampilan di Pertunjukan Udara Singapura ialah jet pejuang generasi kelima F-22 Raptor. Direka sebagai jet pejuang udara pesawat ini juga mempunyai keupayaan serangan ke darat, perang elektronik, dan keupayaan kecerdasan isyarat. F-22 juga mempunyai keupayaan 'stealth' atau berupaya bersembunyi dari dikesan radar. -
ANTARA TARIKAN: Biarpun penularan koronavirus menjejas jumlah pengunjung, mereka yang hadir tetap terpukau dengan pertunjukan udara misalnya persembahan pasukan Ba Yi daripada Tentera Udara China. - Foto ZAOBAO -
MESRA WARGA KURANG UPAYA: Cabaran bagi pengguna kerusi roda apabila menaiki kapal terbang adalah tandas pesawat yang terlalu kecil bagi kerusi roda. Kini sebuah tandas baru rekaan ST Engineering boleh menawarkan huraian. Tandas baru itu, apabila diperluas, menawarkan pengguna 40 peratus lebih banyak ruang berbanding dengan tandas biasa dan boleh memuatkan kerusi roda. Syarikat penerbangan umumnya tidak membenarkan kerusi roda berkuasa bateri di kabin kerana ia terlalu besar dan berat. Tandas juga mempunyai ciri mesra pengguna untuk orang kurang upaya, seperti palang pemegang dan sinki yang lebih rendah supaya pengguna boleh mencuci tangan sambil duduk di tandas. Diberi mana Access, ia disebut ST Engineering sebagai tandas yang boleh diluaskan pertama di dunia. - Foto -
BRONCO: Kenderaan pengangkut lasak yang boleh bergerak di air ini merupakan antara teknologi canggih yang dihasilkan syarikat tanahair ST Engineering. Bronco berupaya meredah pelbagai kawasan dan boleh dilengkapkan dengan pelbagai senjata misalnya alat yang dipamerkan dalam foto ini ialah mortar jenis 120mm SRAMS MK II. - Foto ST ENGINEERING -
JET PEJUANG CANGGIH: Pesawat pejuang F-35B ialah pesawat berlepas pendek dan pendaratan menegak (STOVL) pertama Singapura, dan pada harga AS$115 juta ($155 juta) setiap satu, ia juga jet pejuang paling mahal di sini. Singapura telah mengemukakan permintaan untuk membeli empat F-35B, dengan pilihan membeli lapan lagi. - Foto REUTERS -
PESAWAT MASA DEPAN?: Airbus mempamerkan model Maveric (Model Aircraft for Validation and Experimentation of Robust Innovative Control) bagi mempamerkan keupayaan teknologi masa depannya. Maveric mempunyai reka bentuk unik yang berpotensi mengurangkan penggunaan bahan bakar sehingga 20 peratus berbanding reka bentuk pesawat tradisional. Reka bentuk yang menggabungkan bahagian badan dan sayap pesawat sebagai satu juga membuka potensi penggunaan enjin baru. - Foto EPA-EFE -

Pertunjukan Udara Singapura merupakan pentas bagi syarikat penerbangan dan aeroangkasa mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini. Sedang penularan koronavirus menyebabkan jumlah pengunjung kelihatan lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelumnya, Pertunjukan Udara Singapura tetap menawarkan pelbagai tarikan bagi pengunjung. BERITA HARIAN menyusuri antara perkara yang menarik perhatian pengunjung di Pertunjukan Udara Singapura.
PENULARAN koronavirus novel kelihatan tidak menjejas minat warga kepada industri aeroangkasa dan pameran Pertunjukan Udara Singapura tahun ini.