Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pameran seni pelukis mural Haji Lane teroka tema abstrak

May 21, 2022 | 05:30 AM



PELUKIS berbakat besar tanah air, Idris Johor, ialah seorang seniman yang tidak selesa mendapat perhatian, walaupun lukisannya telah mewarnai pelbagai mural ikonik di sepanjang Bali Lane dan Haji Lane sejak 2006 lagi.



Idris, yang lebih dikenali dengan nama pentasnya, PrettyFreakyFantasy (PFF), baru saja membuka pameran solo pertamanya kelmarin dan berlangsung sehingga 2 Julai di Studio Neon, di 32 Haji Lane.



Pameran yang bertajuk 'Freaky Metamorphosis' terdiri daripada 16 lukisan akrilik media campuran yang menarik dengan tema geometri abstrak.



Pelukis itu meneroka tema geometri, membina semula silinder, bentuk modular dan garisan linear dalam huruf tebal warna dan kecerunan halus untuk mencapai kerancakan dan kerumitan visual untuk menghasilkan kesan 3-D.



Ilham koleksi ini datang daripada ahli keluarganya; khususnya 16 anak saudara dan cucu saudara berumur antara tiga hingga 38 tahun.



"Saya amat rapat dengan kesemua anak saudara saya, dan setiap antara mereka ada perwatakan tersendiri, dan saya jadikannya inspirasi untuk lukisan-lukisan ini," kata Idris, 50 tahun, yang menamakan juga lukisan-lukisan itu dengan nama mereka sendiri.



Lukisan yang dipamerkan itu boleh diperolehi pencinta seni dengan harga $900 ke atas.



Lukisan mural pertama Idris pernah tersergam di Bali Lane pada 2006. Beliau diupah oleh pemilik Blu Jaz Cafe sebagai pelukis untuk merapikan dalaman dan bahagian luar rumah kedai itu. Siri itu mencetus siri mural PFF yang kini kita lihat di Bali Lane dan Haji Lane.



Apabila rumah kedai Blu Jaz Cafe berkembang, pelukis yang bersahaja dan sangat rendah hati ini menjadi "pelukis residen", yang secara senyap-senyap membentuk lorong yang dahulunya sepi menjadi sibuk, dan kini menjadi destinasi hangat bagi penduduk tempatan dan pelancong yang tertarik pada warna dan 'psychedelia' bangunan itu.



Idris, yang pernah tercicir dari Akademi Seni Halus Nanyang suatu masa dulu dalam jurusan Reka Bentuk Grafik, pernah bekerja sebagai pereka seni prop dan pemasangan untuk beberapa kelab malam sebelum beliau bertukar wadah dan kini lebih fokus kepada seni mural.



"Saya tidak pernah berhenti menggunakan kreativiti, bezanya cuma wadah yang saya gunakan," katanya, yang juga berjinak-jinak dalam bidang seni dalaman dan perhiasan.



Beliau juga merupakan pemilik sebuah hotel pondok villa di Ubud, Bali - Malashree Home Retreat - yang disewakan menerusi wadah Airbnb.



Reka dalaman menarik hotel itu pernah dicalonkan dalam kategori Penyenaraian Unik dalam peringkat antarabangsa yang dianjurkan Airbnb.



Bila ditanya siapakah pelukis yang diminatinya, Idris berkata yang beliau mendapat inspirasi dari ramai penggiat seni, dan mereka tidak semestinya pelukis.



Antara yang dikaguminya ialah pengarah antarabangsa Pedro Almodovar; Wes Anderson; Tim Burton; pereka desain, Jaime Hayon; Verner Panton dan pergerakan seni Bauhaus, terutama pameran mereka yang menggunakan warna neon, yang sering digunakan menjadi inspirasi dalam hasil kerjanya.



"Kadangkala, inspirasi saya datang dengan hanya memperhatikan orang lalu-lalang. Bagi saya, setiap objek (orang) ada personaliti, perwatakan tersendiri dan ia boleh mencetuskan ilham," kata Idris.



Idris berharap pameran ini sekaligus membuka semula ruang Studio Neon yang bakal mengadakan kelas-kelas untuk orang ramai oleh pelukis dan seniman tempatan.




  • Pameran Freaky Metamorphosis boleh diikuti dari 12 tengah hari hingga 8 malam, 19 Mei - 2 Julai di Studio Neon di 32 Haji Lane.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >