Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pancaran cahaya gemerlapan di Pesta Malam Singapura

Aug 25, 2018 | 5:30 AM
MENYINARI SUASANA MALAM: Kawasan Bras Basah dan Bugis dihiasi 14 pameran lampu bagi Pesta Malam Singapura (SNF) 2018. - Foto SINGAPORE NIGHT FESTIVAL 2018
MENYINARI SUASANA MALAM: Kawasan Bras Basah dan Bugis dihiasi 14 pameran lampu bagi Pesta Malam Singapura (SNF) 2018. - Foto SINGAPORE NIGHT FESTIVAL 2018 -

ORANG ramai berpeluang menyaksikan lebih daripada 50 persembahan menarik di Pesta Malam Singapura (SNF) 2018 yang berakhir hari ini.

Pesta yang diadakan buat kali ke-11 itu dianjurkan di sekitar kawasan Bras Basah dan Bugis.

Ia turut disokong 70 rakan kongsi.

Antara persembahan menarik yang dapat disaksikan pengunjung ialah persembahan kuda yang dinamakan FierS à Cheval.

Beberapa kuda gergasi akan dilihat menari di sekitar kawasan berkenaan.

Selain itu, persembahan kuasa elektrik oleh kumpulan dari United Kingdom, Lords of Lightning juga akan memeriahkan lagi suasana malam di sana.

Ini adalah kali pertama mereka membuat persembahan di Singapura.

Sebanyak 14 pameran lampu turut dipaparkan dalam pesta tersebut.

Ia direka oleh beberapa artis setempat dan luar negara.

Di samping persembahan, kegiatan dan pameran lampu yang memukau, jualan kraf tangan dan makanan turut disediakan di SNF 2018.

SNF merupakan satu acara bagi meraikan kesenian di Singapura.

Ia juga bertujuan menjadi wadah bagi mempersiapkan generasi kreatif yang akan datang.

Tahun ini, SNF diserikan dengan bakat dari pelbagai latar belakang.

Contohnya ialah pameran The Leap of Faith yang direka seorang warga Singapura.

Sebelum ini, beliau merupakan seorang akauntan namun kini menjadi artis visual.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg