Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panggilan 'Pulau' beri pelakon ruang bina persahabatan

Mar 20, 2023 | 6:01 PM
LIMA SEKAWAN: Barisan pelakon Pulau, (dari belakang, mengikut putaran jam) Joey Leong, Amelia Henderson, Ms Puiyi, Alif Satar dan Ikmal Amry senangi pengalaman santai jalani penggambaran Pulau di Langkawi. - Foto BH oleh KHALID BABA
LIMA SEKAWAN: Barisan pelakon Pulau, (dari belakang, mengikut putaran jam) Joey Leong, Amelia Henderson, Ms Puiyi, Alif Satar dan Ikmal Amry senangi pengalaman santai jalani penggambaran Pulau di Langkawi. - Foto BH oleh KHALID BABA -

SETELAH sekian lama tamat menjalani penggambaran filem seram Pulau di Langkawi, barulah pelakon Amelia Henderson menyedari bahawa beliau baring atas najis kelawar yang disangkanya tanah berwarna gelap. Semuanya hanya didedahkan rakan gandingannya dalam filem itu, Alif Satar dan Ikmal Amry ketika diwawancara Berita Harian di Orchard Cineleisure baru-baru ini. Amelia, Alif, Ikmal dan dua lagi pelakon filem tersebut, Joey Leong dan Ms Puiyi, singgah ke Kota Singa untuk mempromosikan filem tentang percutian santai sekumpulan belia yang berubah menjadi mimpi ngeri setelah sampai ke desa yang terbengkalai sekian lama. Di sana, mereka secara tidak sengaja telah mengeluarkan semangat hantu yang terperangkap di pulau itu. Satu demi satu belia ini dihantui jembalang yang membuatkan mereka menderita sehingga meragut nyawa. Kata Alif dengan wajah selamba tetapi secara jujur: "Amelia, tahukah awak bahawa dalam adegan di mana kami menyelamatkan awak, awak telah baring atas tahi kelawar?"... Baca laporan penuh wawancara itu di akhbar ini pada Selasa (21 Mac).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg