Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pantai Siloso antara 100 pantai terbaik dunia

Apr 25, 2024 | 08:17 PM



Pantai Siloso, yang merupakan salah satu daripada tiga pantai di Pulau Sentosa, menempah tempat dalam senarai 100 pantai terbaik di dunia, atas undian panel pakar dan pempengaruh antarabangsa.

Senarai ini merupakan sebahagian Anugerah Pantai Emas atau Golden Beach Award 2024, anjuran BeachAtlas iaitu syarikat pemula berpangkalan di London yang mempunyai pengkhususan dalam pantai dunia.


Pantai Siloso menduduki tangga ke-91.

“Apa yang memberi kami motivasi untuk mencipta Anugerah Pantai Emas adalah, biasanya, majalah lain akan memberi tumpuan terhadap pantai terbaik dunia berdasarkan daya tarikan visualnya – kebanyakannya pasir halus dan air biru jernih,” kata Encik Davor Pavic, ketua eksekutif dan pengasas bersama BeachAtlas, lapor akhbar The Straits Times.


Menurutnya, mereka ingin melakukan lebih daripada yang biasa dilakukan dan mengambil kira faktor lebih pelbagai yang membuat sebuah pantai benar-benar menakjubkan.

Kriteria itu termasuk ekuiti dan keterangkuman, budaya dan masyarakat tempatan, kepelbagaian semula jadi, kepentingan budaya, dan tawaran pesta dan gaya hidup.

Proses pemilihan bermula dengan algoritma menyenaraikan sejumlah pantai dari seluruh dunia berdasarkan kriteria tersebut, dan kemudian dikurangkan lagi oleh sekumpulan 42 pempengaruh dan pakar pelancongan, yang kebanyakannya merupakan penulis blog dan jurugambar.

Menduduki tempat teratas ialah Bora Bora, sebuah pulau Pasifik Selatan kecil di Polinesia Perancis, yang terletak di barat laut Tahiti yang terkenal, dengan air biru dan pantai bersih dihiasi pokok kelapa.

Pulau ini merupakan pilihan yang sangat popular untuk percutian romantis.







Pantai Asia lain yang disenaraikan termasuk Teluk Maya atau Maya Bay, Krabi di tempat kelima, Pantai Kelingking, Bali di tempat ke-34 dan Pantai Haeundae, Busan di tempat ke-55.

Di tempat ke-91, Pantai Siloso digambarkan oleh BeachAtlas sebagai ciri penting kehidupan masyarakat, menawarkan ketenangan yang bezanya ketara daripada kesibukan bandar.

Pulau buatan manusia itu menawarkan pelbagai kegiatan mesra keluarga pada siang hari seperti zipline berganding dan permainan obstacle course di Mega Adventure, dan pengalaman skydive dalam bangunan di iFly Singapore.


Pada waktu malam, suasana Pulau Siloso dihidupkan dengan pengunjung pantai yang lepak di sana.

10 Pantai Terbaik di Dunia di bawah Anugerah Pantai Emas 2024

1. Bora Bora, Polinesia Perancis


2. Pantai Boulders, Afrika Selatan

3. Pantai Waikiki, Amerika Syarikat

4. Copacabana, Brazil

5. Maya Bay, Thailand

6. Black Sand Beach, Iceland

7. Glass Beach, Amerika Syarikat

8. Pantai JBR, Dubai

9. Skeleton Coast, Namibia

10. Pantai Omaha, Perancis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >