Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

Papa Rok sebar nikmat beramal sebagai Duta Kempen Tabung Sedekah Subuh, Jamiyah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Papa Rok sebar nikmat beramal sebagai Duta Kempen Tabung Sedekah Subuh, Jamiyah

Feb 17, 2022 | 04:40 PM

PAPA Rok, Datuk Ramli Sarip, telah dilantik Jamiyah Singapura sebagai Duta Kempen Pengumpulan Dana Tabung Sedekah Subuh 2022.

Ia adalah sebahagian inisiatif memperingati khidmat 90 tahun Jamiyah kepada masyarakat, jelas kenyataan Jamiyah pada Khamis (17 Februari).

Menurut Jamiyah, Datuk Ramli yang dikenali sebagai pemuzik dari band legenda Sweet Charity, sudah lama berkhidmat dengan Jamiyah Singapura. Misalnya, beliau kerap menawarkan khidmatnya secara sukarela untuk program dan aktiviti Jamiyah.
 
Sebagai Duta untuk Kempen Tabung Sedekah Subuh, Datuk Ramli akan lebih mendekati masyarakat dan menggalakkan orang ramai untuk menderma dan menyokong program dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jamiyah Singapura.
 
"Dengan sokongan Datuk Ramli dan juga daripada seisi masyarakat, Jamiyah Singapura akan dapat meluaskan lagi jumlah benefisiari yang dapat dibantu," jelas Jamiyah.
 
Datuk Ramli telah mencipta satu lagu khas berjudul ‘Hadirkan Kasih & Sayang’ untuk kempen ini. Lagu ini akan menjadi lagu tema rasmi Kempen Tabung Sedekah Subuh Jamiyah.
 
Dalam pada itu, Datuk Ramli menganggap pelantikannya sebagai Duta adalah satu ‘panggilan’.
 
Kata beliau: “Bagi saya ini satu anugerah dan rezeki. Saya terpanggil…saya ditanya apa sumbangan yang boleh saya berikan untuk membuat sesuatu yang baik.
 
"Kebetulan saya ada album baru berjudul Rasa, di mana temanya sangat sesuai bagi saya dan juga Jamiyah untuk bekerjasama. Dari situlah tercetus ilham untuk mencipta lagu Hadirkan Kasih & Sayang.”
 
Sewaktu lawatan pertamanya selaku Duta Kempen Tabung Sedekah Subuh Jamiyah, Datuk Ramli telah mengunjungi beberapa kedai, gerai makanan dan rumah penderma untuk mengagihkan tabung tersebut.
 
Mengupas tentang kempen ini, Encik Siraj Salman selaku Pengarah Jabatan Pengumpulan Dana Jamiyah Singapura berkata:
 
“Tabung Sedekah Subuh adalah satu inisiatif kelolaan Jamiyah Singapura yang membolehkan orang ramai untuk beramal tanpa perlu keluar rumah. Kami juga ingin mendorong orang ramai untuk bersedekah di waktu subuh, kerana ia adalah satu amalan yang sangat digalakkan.
 
"Tabung Sedekah Subuh ini boleh dihantar ke rumah penderma bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya.
 
"Dengan cara ini, kami di Jamiyah dapat sedikit-sebanyak memudahkan proses penderma untuk membuat sumbangan.
 
"Di samping itu juga, Jamiyah ingin memupuk semangat menderma di kalangan anak-anak muda agar mereka dapat mengamati tabiat baik dari awal lagi. 
 
"Kami sangat berbesar hati apabila Datuk Ramli, seorang ikon muzik di rantau ini, mempunya aliran fikiran yang sama dalam tekad menyebar kebaikan beramal menerusi Tabung Sedekah Subuh.
 
"Kami menggalak masyarakat untuk mengambil peluang ini untuk beramal dan berganding bahu bersama Jamiyah dalam usaha mengumpul dana untuk membolehkan ia untuk terus membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat.”
 
Derma yang dikumpulkan daripada usaha kempen Tabung Sedekah Subuh ini akan digunakan untuk kerja-kerja kebajikan kendalian Jamiyah Singapura, termasuk agihan makanan, pembelian barangan keperluan untuk keluarga yang memerlukan, program pendidikan bagi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah, program dakwah Jamiyah dan lain-lain.
 
Orang ramai yang berminat mendapatkan tin-tin Tabung Sedekah Subuh boleh mendapatkannya melalui :
a. Jamiyah Singapura : 31 Geylang Lorong 12, Singapura 399006
b. Telefon : 6744 0150/9633 4630
 
Bagi sumbangan lebih $200 setiap tin, para penderma akan menerima CD terbaru Datuk Ramli berjudul ‘Rasa’ sebagai hadiah cenderahati dari Jamiyah Singapura. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3