Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Paras oksigen Siti Sarah turun ke 40 peratus

Aug 08, 2021 | 10:58 PM



KUALA LUMPUR: Sebak di hati pelawak Shuib Sepahtu apabila mendapat panggilan doktor yang memaklumkan kepadanya keadaan isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin tidak mantap kini.



Siti Sarah, 36 tahun, kini di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).



Laman Harian Metro melaporkan, doktor memberitahu Shuib, tahap oksigen Siti Sarah kini menurun pada 40 peratus.



"Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.



"Dia punya oksigen tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin," katanya ketika sesi siaran langsung bacaan Yasin dan doa untuk penyanyi itu dikendalikan dalam talian pada Ahad (8 Ogos).



Shuib dilihat gagal menahan air mata daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yasin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isteri tercintanya.



Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.



Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan.



Pada Sabtu, Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.



Katanya, sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah berada dalam keadaan normal dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.



Dalam pada penyanyi lagu Kesetiaan itu bertarung dengan nyawa, ada pula pihak tidak bertanggungjawab menyebar rakaman suara yang mengatakan Siti Sarah tiada harapan hidup.



Shuib dalam Instagram meminta agar rakaman itu dihentikan daripada dikongsi menerusi media sosial atau dipadamkan.



Siti Sarah dan Shuib disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.



Pada Jumaat, Siti Sarah dikejarkan ke ICU apabila paras oksigennya berada pada tahap rendah dan terpaksa ditidurkan sebelum pembedahan di buat ke atasnya bagi mengeluarkan bayi lelaki dalam kandungannya yang pramatang (hampir lapan bulan).  - Harian Metro/mStar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >