Topic followed successfully
Go to BHkuPatung lilin selebriti Indonesia Agnez Mo di Madame Tussauds S'pura
Patung lilin selebriti Indonesia Agnez Mo di Madame Tussauds S'pura
Patung lilin selebriti Indonesia Agnez Mo di Madame Tussauds S'pura
MADAME Tussauds Singapura telah melancarkan Agnez Mo sebagai tokoh lilin selebriti Indonesia yang pertama untuk menyertai 'walk of fame' di pusat tarikan itu.
Penulis lagu, penerbit muzik, pelakon, penari dan model berbilang bakat, yang juga dikenali sebagai ikon fesyen dan ahli perniagaan, telah menghadiri di acara pelancaran untuk mendedahkan susuk replikanya.
"Saya amat berbesar hati kerana dijemput untuk mempunyai figura saya sendiri kerana Madame Tussauds adalah tempat yang ikonik untuk dikunjungi. Ia memberi saya peluang untuk membenarkan orang di seluruh dunia ketahui tentang kerja saya, dan kisah saya - bahawa ia adalah tentang seorang gadis yang mempunyai impian, dan yang mempunyai ketabahan untuk berjaya. Bahawa seni saya dan tujuan hidup saya bukan tentang kemasyhuran, tetapi ia tentang perjalanan mencipta warisan," kata Agnez Mo atau nama penuhnya Agnes Monica.
Cik Elaine Quek, Ketua Jualan dan Pemasaran, Madame Tussauds Singapura turut berkongsi keterujaannya mengenai penambahan terbaru tarikan itu, yang telah dipilih oleh peminat sebagai personaliti yang mereka ingin lihat di Singapura.
"Kami sememangnya bertuah kerana mempunyai bintang yang begitu berbakat untuk menjadi sebahagian daripada tarikan kami. Kami berharap ini akan menarik peminat dari seluruh dunia untuk kesini dan meraikannya," katanya.
Pembikinan patung lilin Angez, yang bermula pada 2019, mengambil masa selama empat jam untuk diselesaikan.
Pelancaran awal telah ditangguhkan kerana pandemik.
Selepas penantian selama dua tahun, 50 peminat bertuah dari Singapura dan rantau ini, telah dijamu dengan pratonton eksklusif di mana mereka melihat patung lilin itu buat kali pertama.
Sesi berjumpa peminat, anjuran bersama Madame Tussauds Singapura dengan Pulau Sentosa, juga memberi peluang kepada peminat untuk bertemu Agnez secara peribadi dan bergambar dengannya dan figura lilinnya.
Pakaian yang dipilih Agnez untuk patung lilinnya adalah oleh pereka Amerika Prabal Gurung dan menggambarkan salah satu daripada banyak penampilannya yang telah berkembang dari semasa ke semasa, sering dipengaruhi oleh pengalaman hidupnya.
Agnez suka bereksperimen dengan fesyen dan beliau memetik ikon Audrey Hepburn dan Aaliyah sebagai inspirasinya.
"Mereka adalah wanita kuat yang tahu apa yang mereka mahukan dan bagaimana untuk mendapatkannya," kata Agnez yang juga dalam pencapaiannya, pernah dianugerahkan dengan sebanyak 350 anugerah di Asia.
Beliau juga duta antidadah dan antipemerdagangan manusia di rantau ini.
Maklumat lanjut mengenai tarikan ini boleh diikuti di www.madametussauds.com/singapore/ dan ikuti Madame Tussauds Singapore di Facebook dan @MTsSingapore di Instagram, Twitter, dan TikTok.

