Pesta Seni Pemasangan Lampu Mesra Alam, i Light Marina Bay 2016, kembali pada tahun ini dengan penyertaan tertinggi daripada artis setempat. Antara 14 seni lampu karya setempat, lima dihasilkan oleh penuntut daripada institusi pengajian tinggi - juga jumlah penyertaan tertinggi dalam pesta edisi keempat tahun ini. Institusi pengajian tinggi yang terlibat ialah Universiti Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Politeknik Singapura dan Politeknik Nanyang. NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg) memaparkan tiga seni pemasangan hasil penuntut setempat.
Mar 3, 2016 | 5:30 AM
Pelajar NYP tonjol kreativiti lihat cahaya
HASIL GELEMBUNG SABUN: Pengunjung boleh cuba menghasilkan gelembung sabun untuk menangkap cahaya apabila mereka duduk di kerusi berayun dan turbin bergelembung bagi seni pemasangan Clockwork Stories rekaan penuntut Politeknik Nanyang. Encik Muhammad Khuraihan Amron (kiri) dan Encik Muhammad Mirza Ramlan (kanan) kelihatan bersama anggota kumpulan lain. -
MENYIAPKAN PEMASANGAN: Penuntut diploma jurusan rekaan ruang dari Politeknik Nanyang, (dari kiri) Encik Muhammad Mirza Ramlan dan Encik Muhammad Khuraihan Amron, melilitkan tali di gelung hula yang akan menjadi 'kaki' sotong gurita bagi pemasangan rekaan mereka yang bernama 'Tako Man'. - Foto-foto M.O. SALLEH

Ciptaan dipamer di Pesta Seni Lampu Mesra Alam i Light Marina Bay yang dirasmi esok
SEDANG pengunjung duduk bersantai di sebuah kerusi berayun khas, mereka boleh melihat gelembung sabun dibentuk menerusi satu objek yang menyerupai payung.