Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelajari cabaran keselamatan makanan dengan permainan dunia maya SG Farm Tycoon

Dec 14, 2023 | 05:30 AM



Permainan dunia maya, SG Farm Tycoon, kian mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai sejak permainan yang bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan bekalan makanan di Singapura itu dilancarkan.

Secara purata, sekitar 91 orang yang mencuba permainan itu menyukainya.







SG Farm Tycoon menggabungkan permainan dengan unsur pendidikan, membolehkan pemain mensimulasikan secara maya pertanian berteknologi tinggi di Singapura. 

Permainan yang menyasarkan pemain Gen Z dan Alpha itu memberi peluang kepada pemain menanam sayur-sayuran, menghasilkan telur dan menternak ikan, mencerminkan dorongan negara ke arah meningkatkan pengeluaran makanan tempatan.

Pemain berdepan pelbagai cabaran pertanian dunia sebenar, seperti penyakit, perubahan iklim dan gangguan rantaian bekalan, serta mesti menggunakan teknik pertanian canggih untuk berjaya. 

Ia turut menggalak usaha berpasukan, dengan permainan kolaboratif yang menyumbang kepada visi kolektif ‘30 menjelang 30’, yang menyasarkan Singapura menghasilkan 30 peratus daripada keperluan pemakanannya secara tempatan menjelang 2030.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) serta Agensi Makanan Singapura (SFA), dengan kerjasama Starcom Singapore dan Publicis Play, telah melancarkan SG Farm Tycoon di Roblox baru-baru ini. 

Roblox merupakan dunia realiti maya yang membolehkan pengguna mencipta, berkongsi pengalaman dengan rakan dan menjadi apa sahaja yang boleh dibayangkan.

Pembangunan strategik permainan itu dipandu oleh Starcom Singapore, dengan Publicis Play memanfaatkan kepakaran mereka dalam permainan sebagai wadah komunikasi. 

Sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan di Roblox, Starcom Singapura memanfaatkan kepakaran strategiknya untuk membimbing dan menyelaraskan matlamat MCI dan SFA dalam meningkatkan kesedaran dan penyertaan awam. 

Publicis Play, pakar dalam menggunakan permainan sebagai wadah komunikasi, menjalankan bengkel tertumpu untuk membangunkan strategi yang sesuai dan akhirnya memilih format permainan Roblox sebagai medium ideal untuk matlamat pendidikan SFA.

Cik Elaine Poh, Pengarah Urusan Publicis Media Singapura, menekankan projek itu sebagai anjakan ketara ke arah pengalaman interaktif dan mendalam dalam perhubungan.

“Projek ini melambangkan era baru dalam perhubungan, di mana pengalaman interaktif dan mendalam boleh mewujudkan dialog dua hala dengan penonton.

“Ia adalah satu langkah ke hadapan dalam menghubungkan, melibatkan diri dan mendidik, mencerminkan evolusi kita di luar kaedah penglibatan konvensional,” kata beliau.

Perangkaan awal menunjukkan sambutan menggalakkan bagi permainan tersebut. 

Sejauh ini, lebih 3,600 sesi permainan dan lebih 1,200 pengguna unik telah mencuba permainan itu sejak ia dilancarkan pada Oktober. 

Pemain menghabiskan purata 14.9 minit setiap sesi, iaitu 57 peratus lebih lama daripada penanda aras serantau.

Nisbah 91 peserta peserta yang memberikan tanda suka atau ‘Like’ juga melebihi purata serantau, mencerminkan penglibatan pemain yang kuat dan rasa puas dengan permainan itu.

SG Farm Tycoon melangkaui pendidikan tradisional dengan menyediakan wadah interaktif untuk mempelajari tentang pertanian dalam bandar dan teknologi yang berkaitan dengan usaha tersebut. 

Ia turut menampilkan maskot hasil tempatan, seperti ‘Caixinderella’, ‘Eggs Benedette C’ dan ‘Seabasstian Water’, yang menambahkan aspek yang boleh dikaitkan dan menarik pada permainan.

Daya usaha itu mewakili pendekatan baru untuk mendidik belia tentang kepentingan pengeluaran makanan tempatan, dengan potensi meningkatkan pemahaman dan minat mereka terhadap masa depan pertanian di Singapura.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web, https://go.gov.sg/sgfarmtycoon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >