Premium
Pelakon Aeril Zafrel dijangkiti Covid-19
Jan 22, 2021 | 5:30 AM
KUARANTIN DI RUMAH: Aeril Zafrel dapati dirinya positif Covid-19 apabila dapat keputusan ujian swab kelmarin. - Foto fail -
SELEPAS beberapa selebriti - antaranya pelakon Shima Anuar, Emma Maembong dan vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza - kini pelakon Aeril Zafrel pula mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari memberitahu bahawa beliau mengambil keputusan untuk melakukan ujian swab pada Selasa lalu selepas menziarahi dan menjaga pengurusnya yang mengalami demam sejak Isnin.

