SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelakon Azira Shafinaz tidur sambil peluk trofi

Pelakon Azira Shafinaz tidur sambil peluk trofi

Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama Komedi) di Anugerah Kreatif Akademi Asia
Dec 12, 2023 | 9:51 AM

Pelakon Azira Shafinaz tidur sambil peluk trofi

GEMBIRA DENGAN KEMENANGAN TIDAK DIDUGA: Pelakon dari Malaysia, Azira Shafinaz bergambar dengan trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama Komedi) yang dimenanginya di Anugerah Kreatif Akademi Asia.
GEMBIRA DENGAN KEMENANGAN TIDAK DIDUGA: Pelakon dari Malaysia, Azira Shafinaz bergambar dengan trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama Komedi) yang dimenanginya di Anugerah Kreatif Akademi Asia. - Foto FACEBOOK AZIRA SHAFINAZ

Kemenangan pelakon Azira Shafinaz menerusi Anugerah Kreatif Akademi Asia pada 7 November lalu mendapat pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan netizen yang keliru dengan trofi diterimanya.

Ada yang berkata selebriti wajah jelita itu memenangi anugerah bagi watak komedi.

Sebaliknya, jelas Azira, atau Azira Shafinaz Rahman, 31 tahun, kemenangan tersebut bukan mengiktirafnya sebagai pelakon komedi, tetapi beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk drama komedi.

Walaupun berlaku kekeliruan itu, Azira tetap bersyukur jika ada pihak dapat melihat kemampuannya sebagai pelakon komedi kerana ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan. 

“Saya sebenarnya tak menjangka dengan kemenangan ini namun ada segelintir salah anggap kerana ingat saya seorang pelakon komedi.

“Saya tak mahu orang rasa kemenangan ini salah kerana ada yang mempertikaikan sejak bila saya berlakon komedi.

“Untuk tidak mahu orang salah faham, sebenarnya saya memenangi kategori watak dalam drama komedi tapi alhamdulillah kalau orang nampak saya boleh berlakon dalam genre itu,” katanya dalam wawancara dengan mStar.

Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) pada 10 Disember.

Semasa bertemu wartawan, Azira meluahkan rasa syukur dengan anugerah pertama dimenanginya selepas 10 tahun bergiat aktif dalam dunia hiburan.

Kata Azira, dia terbuka untuk berlakon dalam drama komedi kerana sebelum ini pernah menyertai rancangan Sepahtu Reunion yang dilakonkan bersama Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Ilya dan Mamat Sepah.

“Alhamdulillah saya tak sangka rezeki saya rupanya di luar (peringkat Asia) sebab selama 10 tahun dalam industri saya tidak pernah dapat peluang merangkul anugerah.

“Sekarang tidur pun dengan trofi sebab bila bangun saya rasa ia bukan mimpi.

“Insya-Allah selepas ini saya terbuka berlakon dalam drama komedi sebab sebelum ini pun saya pernah terlibat dalam program Sepahtu Reunion

“Saya ingat program itu berdasarkan skrip tapi rupanya spontan. Alhamdulillah (kumpulan) Sepahtu pun beri pujian dan tak sangka saya boleh buat,” ujarnya.

Azira memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk drama komedi iaitu Ijab Kabut di Asian Academy Creative Awards yang berlangsung di Singapura.

Azira berjaya mengalahkan tiga lagi calon dalam kategori tersebut iaitu Jeanie Ng Ka Yan (Hong Kong), Ratna Pathak Shah (India) dan Isabelle Daza (Filipina).

Pun begitu, kemenangan diraih Azira mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat yang mempersoalkan sejak bila dia bergelar pelakon komedi. 

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg