SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelakon Bella Astillah dimarahi peminat kerana berbaik dengan bekas suami, Aliff Aziz

Pelakon Bella Astillah dimarahi peminat kerana berbaik dengan bekas suami, Aliff Aziz

Sep 27, 2019 | 12:40 PM

Pelakon Bella Astillah dimarahi peminat kerana berbaik dengan bekas suami, Aliff Aziz

DIMARAHI PEMINAT: Pelakon Malaysia, Bella Astillah, dimarahi peminatnya kerana berbaik-baik dengan bekas suaminya, Aliff Aziz, yang dicerainya kerana mendakwa dia curang terhadapnya. -Foto NEW STRAITS TIMES.
DIMARAHI PEMINAT: Pelakon Malaysia, Bella Astillah, dimarahi peminatnya kerana berbaik-baik dengan bekas suaminya, Aliff Aziz, yang dicerainya kerana mendakwa dia curang terhadapnya. -Foto NEW STRAITS TIMES. -

PADA awalnya, peminat selebriti Malaysia, Bella Astillah, meluahkan perasaan marah terhadap bekas suaminya, penyanyi Singapura, Aliff Aziz, sambil menuduh Aliff memain-mainkan emosi Bella selepas perpisahan mereka.

Sekarang, mereka memarahi Bella, 25 tahun, pula, dan memanggilnya "bodoh", lantaran video yang dimuat naik ke Instagram Bella, yang menunjukkannya berduet Aliff, 28 tahun, menyanyikan lagu Almost Is Never Enough oleh Ariana Grande dan Nathan Sykes.

Video itu meraih lebih 7,000 komen yang pelbagai seperti "Bella perlu berhenti (berbaik-baik dengan Aliff)" dan "Mereka berdua badut (wajar diketawakan)", namun ada juga yang cuba memahami keadaan tersebut sebagai usaha pasangan itu untuk tetap berbaik-baik demi anak lelaki mereka, dua tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 2016, dan bercerai pada Mei 2019, apabila Bella mendakwa Aliff curang terhadapnya.

Sebagai tindak balas, Bella berkata beliau tidak boleh duduk diam di rumah sahaja kerana terpaksa keluar bekerja demi menampung keperluan anaknya.

Pada masa yang sama, Aliff sepertinya terkesan dek perpisahannya dengan Bella.

Pada awal September, Aliff didakwa di mahkamah Singapura atas dua tuduhan mencuri.

Dia bebas dengan ikat jamin, dan akan kembali ke mahkamah pada 1 Oktober.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg