Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Bollywood, Anil Kapoor pernah dianggap tiada personaliti

Jun 21, 2023 | 5:17 PM
SIKAP POSITIF: Pelakon Bollywood, Anil Kapoor, pernah dipandang rendah pada permulaan kerjayanya kerana kurang penampilan dan personaliti. Maka itu, beliau memastikan supaya dirinya kekal cergas agar kelihatan segak dan tampan walaupun sudah berusia 66 tahun.
SIKAP POSITIF: Pelakon Bollywood, Anil Kapoor, pernah dipandang rendah pada permulaan kerjayanya kerana kurang penampilan dan personaliti. Maka itu, beliau memastikan supaya dirinya kekal cergas agar kelihatan segak dan tampan walaupun sudah berusia 66 tahun. - Foto INDIAN EXPRESS

Walaupun sudah berusia 66 tahun, pelakon Bollywood, Anil Kapoor masih kelihatan tampan dan segak.

Namun, beliau telah berkongsi bersama media baru-baru ini bahawa pada permulaan kerjayanya, beliau dipandang rendah kerana dianggap kurang berbakat, tiada personaliti dan kurang berpenampilan berbanding pelakon veteran seperti Dharmendra dan Shashi Kapoor.

Tetapi sekarang, beliau dianggap antara pelakon paling berkarisma dalam generasinya.

“Apabila baru mulakan kerjaya, saya pentingkan disiplin yang tinggi kerana orang ramai tidak kisah akan penampilan, personaliti ataupun kehadiran saya secara serius,” kata Anil Kapoor dalam satu wawancara bersama penulis, Cik Manju Ramanan, lapor The India Express.

Beliau kemudian teringatkan salah satu komen sebelum ini berkaitan namanya yang dianggap kurang menarik berbanding adik-beradiknya.

Ini membuatnya lebih peka dan segan dalam persekitarannya.

Komen yang biasa diterimanya adalah, “Anil seorang pelakon yang baik namun tiada personaliti yang menyerlah”.

Tetapi, beliau tertanya bagaimana untuk membina personaliti yang lebih menonjol?

Dengan perlahan, jelas Anil, beliau membangunkan dirinya dengan ciri-ciri yang wajar ada dalam diri selebriti dan mengambil kritikan secara positif.

“Saya benar-benar melakukan yang terbaik untuk melatih diri dan sudah tentu, saya mempunyai pakar-pakar untuk membantu saya,” kongsi Anil.

Anil kemudian berkata bahawa misi melatih dirinya bermula dengan berlari-lari anak kemudian mengangkat berat.

Justeru, komen tentangnya kini lebih ke arah penampilannya yang hebat walaupun sudah berusia.

Tidak lama lagi, beliau akan melakonkan watak pegawai tentera udara dalam filem aksi pejuang akan datang, arahan Siddharth Anand. Filem itu turut dibintangi Hrithik Roshan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg