Pelakon Elizad ingin saman warganet yang guna kata kesat, mengecapnya 'mandul', Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Pelakon Elizad ingin saman warganet yang guna kata kesat, mengecapnya 'mandul'

Jun 25, 2021 | 05:58 PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 37 tahun, tekad membuat laporan polis, pada Rabu (23 Jun) berikutan kecewa dengan mulut lancang seorang individu yang mendakwanya mandul.

Berita Harian Malaysia melaporkan, Siti Elizad juga akan mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan berikutan menyifatkan komen yang ditinggalkan dalam laman Facebook sebuah portal hiburan melampau sehingga melukakan hatinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, beliau jarang melayan komen netizen, namun perkataan mandul yang dilontarkan individu berkenaan sangat keterlaluan.

"Saya jarang ambil peduli komen netizen, namun perkataan mandul yang ditujukan kepada saya benar-benar membuatkan hati saya terluka.

"Adakah anda Tuhan hingga tahu saya mandul dan tidak boleh beranak? Sejujurnya, saya menggigil dan terketar-ketar tangan saat menulis hantaran ini.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Jantung bagaikan nak tercabut, sedih yang amat sangat. Adakah individu ini suka melihat saya bercerai-berai kerana belum dikurniakan zuriat?," tulis Siti Elizad.

Penyampai radio Sinar FM itu juga kecewa apabila individu berkenaan menuduhnya sukar hamil disebabkan tidak solat dan menutup aurat.

"Individu ini tahu ke saya tidak solat? Dia kenal atau pernah bekerja dengan saya ke? Bersedekah, bangun solat malam, mengaji, pakai telekung, atas sejadah? Adakah semua amalan yang dikerjakan perlu dimuat naik dalam laman sosial?

"Lain orang, lain caranya, saya tidak perlukan perhatian bodoh seperti ini. Saya gembira dengan kehidupan sekarang, dikurniakan anak atau sebaliknya, itu kerja Allah. Cuma, tiada siapa boleh sesuka hati menggunakan perkataan mandul terhadap saya," katanya.

Menurut Siti Elizad, individu yang tidak berhati perut itu tidak tahu kesusahannya berjuang separuh nyawa semata-mata untuk mendapat zuriat.

Katanya, setiap hari dalam solat, air matanya tidak henti mengalir dan tidak putus memohon kepada Allah supaya tidak membiarkan keseorangan, lantaran kecewa masih belum dikurniakan cahaya mata pada usia mencecah 40 tahun.

"Bertahun saya berjumpa dengan doktor pakar dan pergi ke seluruh pelusuk negeri untuk berubat. Cucuk sana sini, sakit tahu tak? Tetapi, senang sahaja menuduh saya mandul hingga menggunakan perkataan kesat terhadap saya.

"Saya dan keluarga tiada perasaan ke? Hanya keluarga nampak kesusahan saya menahan sakit demi berusaha mendapatkan zuriat, tetapi individu ini senang-senang menuduh saya mandul.

"Saya jarang ambil peduli, tetapi saya tidak akan maafkan individu ini, kali ini. Hati saya luluh dan teramat sedih, hanya Allah sahaja yang tahu," katanya.

Aktres yang diperkenalkan menerusi filem Berlari Ke Langit pada 2004 itu berkata, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil, pada Rabu.

"Selebihnya, kita tunggu tindakan pihak berkuasa selanjutnya. Namun, saya berterima kasih kepada pengikut yang sentiasa beri sokongan dan kata semangat buat saya. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa mereka," katanya.

Siti Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman, yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober 2020, namun mengalami keguguran sebulan kemudian. - Berita Harian Malaysia

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map