Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon filem seram Indo diganggu ketukan pintu, suara wanita tua?

Jun 19, 2023 | 5:30 AM
PENGALAMAN SERAM: Emma Warokka terdengar pintu biliknya diketuk berulang kali dan suara wanita tua dari sumur berdekatan ketika menjalani penggambaran filem, Pelet Tali Pocong.
PENGALAMAN SERAM: Emma Warokka terdengar pintu biliknya diketuk berulang kali dan suara wanita tua dari sumur berdekatan ketika menjalani penggambaran filem, Pelet Tali Pocong. - Foto INSTAGRAM EMMA WAROKKA

Pelakon Indonesia, Emma Warokka, sudah lima tahun tidak berlakon dalam filem dan baru-baru ini mengubati rindunya dengan menjayakan filem seram, Pelet Tali Pocong yang kini ditayangkan di pawagam Golden Village serata Singapura.

Namun, kembalinya Emma, 47 tahun, bagi filem arahan Dedy Mercy ini membawa pengalaman ngeri sebagaimana dikongsi dengan laman Liputan 6.com.

Emma dan penolong peribadinya dikatakan diganggu sewaktu penggambaran berlangsung di kebun teh di kawasan Cianjur, Jawa Barat dan ketika berada di sebuah rumah tua di Puncak.

Pintu bilik tempat mereka tinggal diketuk berulang kali dan kedengaran tangisan seorang wanita tua di sumur berhampiran.

“Saya awalnya ingat cerita seram yang dikongsi teman-teman dari lokasi penggambaran hanya gimik bagi mempromosikan filem. Setelah menjalani penggambaran filem, Pelet Tali Pocong, barulah saya sedar makhluk ghaib yang muncul di lokasi penggambaran bukan sesuatu yang mustahil.

“Menjalani penggambaran pada waktu malam memang mengerikan Selain itu, lokasinya sangat menakutkan dan ‘keras’. Ada banyak gangguan ghaib yang berlaku. Kami benar-benar diganggu. Berat benar gangguannya berbanding setakat saya berlakon sinetron,” ujar Emma.

Emma berlakon sebagai Susan, janda cantik yang memiliki kilang teh. Di situ, seorang pekerja bernama Adam terpegun pada kejelitaan Susan dan ingin memperisterikannya.

Namun, cinta Adam tidak berbalas. Apabila diherdik dan dimalukan Susan, Adam membalas dendam dengan mengenakan sihir ke atas Susan, sesuatu yang dipelajari daripada arwah bapanya, Ki Suryo.

Dia menggali kubur menggunakan sudu yang digigit di mulutnya bagi mendapatkan pelet tali pocong.

Tidak lama kemudian, Susan terkena sihir Adam dan tidak dapat mengawal emosinya untuk menyerahkan bukan sahaja jiwa raga kepada Adam bahkan harta benda dan kilangnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg