Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon filem seram ‘Sijjin’ muntah, sulit bawa watak ‘penyondol’

Jan 03, 2024 | 04:42 PM



Tidak mudah bagi pelakon muda Indonesia, Anggika Bolsterli, 28 tahun, menghidupkan watak Irma dalam filem seram Sijjin yang kini ditayangkan di beberapa pawagam Golden Village (GV) Singapura.


Anggika menjelaskan kepada laman Republika Online bahawa cabaran terbesar yang dihadapinya adalah dalam menghidupkan watak ‘orang ketiga’ dalam sesebuah hubungan atau cakap mudahnya, peranan ‘penyondol’.


“Saya payah bawa watak yang obses dengan lelaki bernama Galang, yang dibawakan oleh Ibrahim Risyad.

“Irma berfikiran sempit dan selalu sahaja mudah teruja dengan kehadiran lelaki yang sudah menjadi milik orang lain,” katanya.

Sijjin merupakan adaptasi filem seram Turkey yang terkenal, Siccin. Filem ini begitu digemari sehingga membawa pada enam filem susulan.


Filem Indonesia ini merupakan arahan Hadrah Daeng Ratu manakala naskhahnya ditulis Lele Laila.

Ia menceritakan tentang Irma yang mengirim ilmu hitam setelah jatuh cinta kepada sepupunya sendiri yang sudah beristeri dan mempunyai anak.

Pada suatu hari, Irma mengunjungi seorang dukun untuk meminta bantuan agar dapat dinikahkan dengan Galang.

Lalu si dukun menerima permohonan Irma dengan mengirim santet kepada isteri Galang selama lima malam berturut-turut. Ini adalah bagi membawa malapetaka buat keluarga isteri Galang sehingga menyebabkan maut.

Gangguan mistik, percubaan membunuh diri dan pelbagai peristiwa ngeri berlaku dalam kehidupan isteri Galang. Tetapi pada akhirnya, tanpa disangka, musibah turut menghantui Irma sendiri.

Anggika, pelakon kacukan Switzerland-Indonesia ini perlu membayangkan secara visual apa yang biasanya dilakukan wanita yang suka mengganggu rumah tangga orang lain.

“Dalam beberapa babak ngeri badan saya terapung-apung di udara, saya sampaikan termuntah-muntah sebab perlu terbalikkan tubuh saya seakan-akan saya terbang sebab dirasuk,” katanya lagi,

Sungguhpun begitu, Anggika bersyukur diberi kesempatan menonton filem asal Siccin untuk dapatkan idea membawa wataknya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >