Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon 'Gelora' Fauziah Abdullah lebih betah di Sweden

Sudah berhijrah sejak 11 tahun lalu dan kini bertugas sebagai pegawai pentadbiran di firma IT
Jan 21, 2023 | 05:30 AM



TENTU ramai yang masih mengingati pelakon jelita ini sewaktu namanya baru naik sekitar 1998 melalui drama 'soap opera' Melayu pertama di Singapura, 'Gelora'.



Rancangan itu mendapat sambutan hangat dan bertahan selama 160 episod, turut dinobatkan rancangan paling popular 1998 dengan tontonan tertinggi pada waktu itu.



Kisah cinta Dr Hilal (lakonan Khairudin Saharom) dan Nora (Fauziah Abdullah) menjadi bualan setiap orang yang mengikuti 'soap opera' yang penuh dengan babak-babak yang bergelora, sesuai dengan nama drama itu.



Setelah lama menghilang, baru-baru ini Fauziah Abdullah, 47 tahun, yang sedang bercuti di Singapura bertemu dengan penulis dan berkongsi kehidupannya sekarang setelah lama meninggalkan bidang lakonan.



Fauziah telah menetap di Malmö, Sweden, sejak 11 tahun lalu.



Beliau kini bekerja sebagai pegawai pentadbiran di syarikat Amerika Syarikat yang berpangkalan di situ.



"Tahun ini merupakan tahun kelima saya bekerja dengan mereka dan kerana ia syarikat IT dari Amerika, saya lebih bertutur dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Sweden."



Fauziah juga menambah penting untuknya belajar bertutur dalam bahasa Sweden terutama sekali bila perlu berhubung dengan pihak pemerintah.



Apabila ditanya jika beliau rindu dengan dunia lakonan, Fauziah dengan secara terbuka berkongsi beliau sangat rindukan bidang lakonan dan pernah mendapat peluang berlakon di Sweden pada 2013.



"Beberapa tahun lalu, sewaktu itu saya belum bekerja dan baru belajar bahasa Sweden jadi ada masa terluang dan saya dapat peluang berlakon satu watak kecil dalam satu drama tempatan.



"Pengalaman itu sangat menyeronokkan dan kemudian saya diajak berlakon lagi tetapi malangnya, penguasaan bahasa Sweden saya masih lemah dan lama kelamaan, ditambah dengan kehidupan hidup baru di sana, saya lupakan saja niat untuk berlakon lagi."



Walaupun sudah lama meninggalkan tanah air, Fauziah masih berhubung rapat dengan teman-teman seangkatannya di Gelora, terutama pelakon Rahimah Yusoff dan Suzana Kassim.



"Kami telah melalui banyak pengalaman bersama, dan pada masa itu, Gelora merupakan lakonan pertama kami, jadi persahabatan kami memang istimewa," terang Fauziah.



Setakat ini, Fauziah berkongsi beliau betah menetap di Sweden dan sukakan cara hidup di sana yang tenang dan tidak mendatangkan 'stres'.



Tambahnya lagi:



"Saya sukakan aktiviti luar seperti berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya dan cuaca di Sweden sesuai untuk aktiviti-aktiviti riadah, ditambah pula dengan alam semula jadi yang indah."



Selain Sweden, Fauziah juga pernah menetap di Denmark dan Hong Kong.



Menyesuaikan diri dengan orang-orang Sweden pada awalnya tidak mudah, tetapi lama-kelamaan beliau dapat menyesuaikan diri dan senang bergaul dengan sesiapa saja.



Kata Fauziah:



"Kalau kita dapat membuktikan diri kita boleh bercampur dan bekerja, menunjukkan yang kita juga menyumbang kepada ekonomi negaranya, mereka akan lebih menghormati kita."



Kali terakhir Fauziah menziarah Singapura ialah dua tahun lalu dan beliau mengaku kadangkala rindu dengan makanan Asia, dan makanan yang pertama beliau dapat makan apabila mendarat di Singapura kali ini ialah mi rebus.



"Bila sampai ke tempat makan Bedok Corner, saya rasa keliru juga sebab ada macam-macam makanan yang saya rindukan di sana!" katanya.



Walaupun rindu pada tanah airnya, Fauziah berkata beliau lebih bahagia di Sweden buat masa ini.



"Buat masa ini, saya lebih sesuai duduk di Sweden, tetapi siapa tahu apa masa depan kita macam mana," kata ibu kepada anak perempuan berusia 13 tahun ini.




"Beberapa tahun lalu, sewaktu itu saya belum bekerja dan baru belajar bahasa Sweden jadi ada masa terluang dan saya dapat peluang berlakon satu watak kecil dalam satu drama tempatan. Pengalaman itu sangat menyeronokkan dan kemudian saya diajak berlakon lagi tetapi malangnya, penguasaan bahasa Sweden saya masih lemah dan lama kelamaan, ditambah dengan kehidupan hidup baru di sana, saya lupakan saja niat untuk berlakon lagi."
- Fauziah Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >