Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pelakon Hannah Delisha-Imam Shah sah diijabkabulkan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Hannah Delisha-Imam Shah sah diijabkabulkan

Feb 18, 2021 | 06:18 PM

RAMAI yang bagaikan tidak percaya atau menjangkakan berita pernikahan dua pelakon drama Saga 2.0, Hannah Delisha dan Imam Shah pada Khamis (18 Februari).

"Apakah ini hanya adegan satu drama atau betul-betul bernikah di alam nyata?" tanya sebilangan warganet yang tidak tahu-menahu tentang percintaan Hannah, 24 tahun, bersama Imam, 31 tahun.

Tidak kurang pula jejaka peminat Hannah yang kecewa dan hampa dengan pengumuman tersebut.

Sebelum ini, memang tidak kedengaran desas-desus mereka bercinta. Gambar bersama pun tidak pernah dimuatnaikkan kecuali bersama pelakon lain apabila terlibat dalam penggambaran Saga 2.0

Yang diketahui hanyalah mereka sahabat yang sama-sama membina kerjaya dan mencari rezeki di seberang Tambak.

Hannah, yang merupakan anak penyanyi Singapura era 1980-an, Noor Ashikin Ahmad, dikenali di seberang Tambak menerusi drama 'meletup' bersama Syafiq Kyle, Mencintaimu Mr Photographer.

Imam, anak pelakon veteran Mariana Yati, pula pernah menjayakan drama Firasat, Faculty. S.O.S di Singapura dan Lafazkan Kalimah Cintamu di Malaysia. 

Ternyata, lampiran pos berasingan Hannah dan Imam memberi kejutan manis buat ramai yang memuji betapa mereka pandai menjaga diri dan tidak menayang hubungan cinta dengan merahsiakan hubungan mereka yang dikatakan terjalin selama lima tahun hinggalah detik mereka disahkan sebagai suami isteri.

Dengan menggunakan tanda pagar #imampadahannah yang cukup simbolik, Hannah yang nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, menulis di Instagram:

"Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah. Saya cintakan awak. Imam Shah."

Catatan Imam pula seperti berikut: "Hanya awak selalu. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah. Maha Penyayang. Saya cintakan awak, Hannah Delisha."

Bapa Hannah yang berasal dari Britain, Peter Blackburne Birch, memberi ucapan tahniahnya di Instagram.

"Saya sangat bangga dan gembira  dengan pernikahan anak perempuan saya. Saya mendoakan Hannah dan Imam setiap kebahagiaan dan kejayaan dalam menjalani hidup bersama," tulisnya.

Rakan seperjuangan, Erwin Shah Dawson, juga mengusik pasangan ini dalam lampiran posnya di Instagam Imam.

"Ok dah, sekarang tak perlu merahsiakan dan buat-buat tak tahu kalau ada yang bertanya tentang Hannah. Saya dengan bangga boleh kata, "Hannah brother gua nye wife".

Selamat pengantin baru buat Hannah dan Imam.

 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3