Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane, pegang watak Rubeus Hagrid, meninggal dunia

Oct 15, 2022 | 09:05 PM



LONDON: Pelakon warga Scotland, Robbie Coltrane, yang memegang watak ‘Rubeus Hagrid’ dalam siri filem ‘Harry Potter’ telah meninggal dunia, kata agen beliau, pada Jumaat (14 Okt). 


Mendiang berusia 72 tahun.


“Klien yang juga rakan saya, Robbie Coltrane, meninggal dunia pada hari Jumaat, 14 Oktober,” kata Cik Belinda Wright, dalam satu kenyataan, dan menyifatkan mendiang sebagai “pelakon dengan bakat unik”.


Mendiang Coltrane, yang semasa dilahirkan pada 30 Mac 1950, di Rutherglen, berdekatan Glasgow, Scotland, telah diberi nama, Anthony Robert McMillan, memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon, pelawak dan penulis.


Beliau  pernah membintangi dua filem James Bond selaku ejen KGB bertukar bos mafia Russia dalam ‘Goldeneye’ (1995) dan ‘The World Is Not Enough’ (1999) – bersama-sama Pierce Brosnan. 


Namun, beliau sentiasa diingati sebagai ‘Rubeus Hagrid’, yang berbadan besar bagi filem bersiri ‘Harry Potter’.

 

Peranan itu “membawa keceriaan kepada kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia, menyebabkan peminat mengirim surat tanpa henti setiap minggu selama lebih 20 tahun,” kata Cik Wright, yang tidak menjelaskan sebab kematiannya. – AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >