SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelakon Jalaluddin Hassan selamat bernikah dengan isteri baru

Pelakon Jalaluddin Hassan selamat bernikah dengan isteri baru

Nov 12, 2017 | 3:27 PM

Pelakon Jalaluddin Hassan selamat bernikah dengan isteri baru

FOTO: BH Online/Aziah Azmee
FOTO: BH Online/Aziah Azmee -

KUALA LUMPUR: Pelakon versatil, Datuk Jalaluddin Hassan, sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, di sini, kira-kira jam 10.55 pagi tadi.

Menurut laporan media Malaysia, Jalaluddin, 63 tahun, dinikahkan abang kepada Rapidah, 44 tahun, yang juga penggiat teater, Lokman Abd Ghani di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor, dengan mas kahwin RM300.

Majlis turut disaksikan bapa Jalaluddin, Tan Sri Hassan Azhari, 89.

Perkenalan selama empat bulan menerusi laman sosial Facebook menyatukan pasangan yang tampil dengan persalinan rona putih itu.

Rapidah yang juga ibu tunggal, turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 dan dibalas tujuh dulang hantaran.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg