Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Jasmin Hamid alami serangan jantung tapi kian pulih

Jun 01, 2022 | 06:30 PM



PELAKON Malaysia, Jasmin Hamid, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Sungai Buluh akibat serangan jantung, jam 2 pagi tadi.



Suaminya, Nazmir Abd Rahim mengesahkan keadaan Jasmin, 49 tahun, semakin baik bukannya kritikal seperti yang tular.



Nazmir menyangkal isterinya rebah dan tidak sedarkan diri, sebaliknya Jasmin masih mampu bercakap dan boleh berjalan sendiri ketika dibawa ke hospital.



"Isteri dimasukkan ke wad CCU kerana doktor ingin memantau keadaan jantung. Keadaannya kini stabil selepas doktor memberikan ubat pencair darah.



"Sebelum ini, isteri tidak mempunyai sejarah penyakit jantung. Semalam, isteri mengadu dada seperti dihimpit dan tangannya tiba-tiba kejang.



"Rahang pula kebas dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Pada mulanya isteri menyangka hanya sakit perut kerana baru pulih cirit birit.



"Jadi, isteri hanya makan ubat sakit perut dan tahan sakit. Kemudian saya memberinya penyedut asma kerana dia ada penyakit semput, tetapi tidak berjaya.



"Ubat tahan sakit sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan dialami, tetapi saya nampak isteri tidur dalam keadaan gelisah dan badannya mengeluarkan peluh dengan banyak," katanya kepada Berita Harian Malaysia Online.



Petang Selasa, kata Nazmir, dia membawa Jasmin melakukan pemeriksaan di klinik. Menerusi ujian elektrokardiogram (ECG) dilakukan, doktor mendapati bacaan jantung kurang baik dan minta Jasmin ke hospital untuk melakukan pemeriksaan penuh.



"Saya faham ramai yang risau apabila keadaan kesihatan isteri ditularkan teman artis. Lebih lagi, apabila ada yang mengatakan isteri dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).



"Sebenarnya, isteri hanya dimasukkan ke Zon Kuning dan dipindahkan ke CCU, jam 2 pagi berikutan perlu menunggu giliran.



"Ini kerana ada 14 pesakit lain menanti giliran untuk dimasukkan ke unit berkenaan.



"Memang keadaannya ketika terkena serangan jantung amat merisaukan. Jantung bukanlah perkara boleh dibuat main-main, jadi saya minta kebenaran isteri memuat naik status menerusi Instagram (IG) memohon doa orang ramai," katanya.



Namun, katanya, Jasmin kuat semangat, masih boleh bercakap dan berjalan sendiri.



"Saya boleh katakan keadaannya baik kerana sedar dan boleh memberikan respon kepada doktor.



"Tetapi doktor tetap menahan isteri ditahan di wad selama lima hari kerana mereka ingin memantau keadaan kesihatannya," kata Nazmir.



Terdahulu, Nazmir dalam hantaran yang dimuat ke akaun IG milik Jasmin memohon orang ramai mendoakan isterinya dipanjangkan umur dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.



Dalam hantaran itu, Nazmir berkata, tekanan darah dan degupan jantung pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu agak lemah. Justeru, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung. - BHM



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >