Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Linda Hashim usaha ambil cuti sambut hari lahir anak di tengah kes cerai

Apr 23, 2025 | 6:12 PM
Pelakon Linda Hashim (dua dari kanan), berusaha mengambil cuti dari penggambaran di Kelantan dan pulang ke Kuala Lumpur semalam demi meraikan ulang tahun ke-11 anak sulungnya, Jelita Clarissa (kanan), pada 22 April, di tengah kes perceraiannya dengan suaminya, pelakon Beego.
Pelakon Linda Hashim (dua dari kanan), berusaha mengambil cuti dari penggambaran di Kelantan dan pulang ke Kuala Lumpur semalam demi meraikan ulang tahun ke-11 anak sulungnya, Jelita Clarissa (kanan), pada 22 April, di tengah kes perceraiannya dengan suaminya, pelakon Beego. - Foto INSTAGRAM LINDABEEGO

KUALA LUMPUR: Pelakon Linda Hashim, 41 tahun, berusaha mengambil cuti dari penggambaran di Kelantan dan pulang ke Kuala Lumpur semalam demi meraikan ulang tahun ke-11 anak sulungnya, Jelita Clarissa, pada 22 April.

Linda, yang sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri, berkata beliau bersyukur diberi pelepasan syarikat produksi untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama tiga anaknya.

“Kebetulan hari ini (23 April) saya ada sebutan kes cerai dengan Beego di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jadi saya minta cuti dua hari.

“Namun, kalau tiada kes mahkamah pun, saya akan cuba jugalah minta cuti sekurang-kurangnya dua hari. Tapi saya pun tak nak jejaskan kerja-kerja produksi.

“Saya cuba saja dan kalau ada rezeki Allah dah aturkan saya ikut saja. Kalau tak dapat pun tak apa,” katanya kepada Harian Metro.

Linda yang mengambil penerbangan sebelah pagi, mengambil Jelita dan dua adiknya, Anggun Cassandra, 10 tahun, dan Indah Camelia, 6 tahun, dan membawa mereka makan malam, pada 22 April.

“Memang saya dari awal dapat tarikh sebutan kes cerai hari itu terdetik, cantiklah untuk minta cuti 22 April untuk balik Kuala Lumpur (supaya dapat) bersama anak-anak.

“Selesai sebutan, malam ini saya akan balik semula ke Kelantan untuk sambung penggambaran yang berbaki lagi dua minggu.

“Saya bersyukur dapat raikan hari jadi Jelita. Saya tak lupakan anak-anak. Memang saya rancang nak raikan. Hari itu masa hari jadi anak ketiga awal April, saya kebetulan dapat cuti juga, dapatlah raikan,” katanya.

Linda sekali lagi mengucapkan kesyukuran kerana aturan Allah yang sangat cantik terhadapnya.

“Nasib baik sebutan kes cerai hari ini (23 April). Kalau tidak, bercerailah saya pada tarikh hari lahir Jelita, iaitu 22 April. Jadi sebutan kes 23 April memang cantiklah.

“Itu pun kalau bercerailah, kalau Beego nak lepaskan saya. Saya pun tak pasti beliau akan raikan hari jadi Jelita. Hari itu pun hari jadi anak saya yang kecil, beliau hanya hantar ucapan saja.

“Selepas itu katanya nak ambil dan beli hadiah tapi sampai sekarang pun tiada. Saya bukan nak tuntut tapi sebagai bapa bila ada niat nak menggembirakan anak buatlah betul-betul,” katanya.

Linda berkata sudahlah Beego tidak mahu menjaga mereka, jadi sewajarnya hari-hari istimewa begini ada sesuatu yang istimewa diberikan kepada anak-anak.

“Bukan tuntut tapi kalau saya jadi beliau, saya akan buat sesuatu untuk anak. Macam saya dari Kelantan sanggup turun untuk raikan anak.

“Saya harap benda ini (penceraian) selesai. Saya sedang sibuk menjalani penggambaran di Kelantan dan agak mengganggu. Lagipun hubungan kami dah tak boleh diselamatkan. Harap beliau faham.

“Saya terharu anak-anak faham kesusahan ibu mereka. Jelita pun tak sanggup nak beritahu apa hadiah istimewa dia nak sedangkan itu tempat makan sahaja,” katanya.

Menurutnya, Jelita bimbang untuk memberitahunya kerana tidak mahu wangnya habis.

“Saya tetap layan kehendaknya bawa ke tempat itu. Tapi Jelita memang faham kesusahan saya dan elak dari menyusahkan.

“Dia tak nak guna duit sewenang-wenangnya. Saya pun selalu pesan kepada mereka agar berjimat cermat berbelanja,” katanya.

Terdahulu, Linda, atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, menuntut cerai daripada suaminya, Beego, 45 tahun, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 Februari lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg