Pelakon mantap antara faktor filem jaya kutip RM5j sejak ditayang bulan lalu
Premium
Pelakon mantap antara faktor filem jaya kutip RM5j sejak ditayang bulan lalu
Nov 17, 2017 | 5:30 AM
BANYAK faktor yang mendorong kejayaan kutipan tiket filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang kini sudah mencecah lebih RM5 juta (sekitar $1.2 juta) sejak ia ditayangkan 12 Oktober lalu.
Selain barisan pelakonnya yang mantap, termasuk teraju utama Zul Ariffin yang tampil tidak berbaju, filem itu turut menampilkan nama-nama besar seperti Datuk M.Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar.


