SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelakon M'sia Ako Mustapha kian 'mengancam'

Pelakon M'sia Ako Mustapha kian 'mengancam'

Jul 13, 2018 | 5:30 AM

Pelakon M'sia Ako Mustapha kian 'mengancam'

LEBIH SEGAK: Ako Mustapha berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa dua tahun. Selain bertujuan menjaga kesihatan, beliau mahu kelihatan lebih baik depan kamera. - Foto ihsan AKO MUSTAPHA
LEBIH SEGAK: Ako Mustapha berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa dua tahun. Selain bertujuan menjaga kesihatan, beliau mahu kelihatan lebih baik depan kamera. - Foto ihsan AKO MUSTAPHA -

PELAKON Ako Mustapha hampir tidak dikenali dek perubahan bentuk tubuh yang ketara selepas berat badannya menjunam 20 kilogram.

Menurut laporan mStar Online, Ako kelihatan amat berbeza ketika ditemui di rumah terbuka saluran Astro Warna Isnin lalu.

Bercakap mengenai perubahannya itu, Ako, 46 tahun, berkata itu hasil ketegasan isteri Kartina Abdullah sepanjang dua tahun lalu.

Isterinya itu mahu beliau bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat demi kesihatan.

Menurut Ako, yang nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, berat badannya sebelum ini mencecah 90 kilogram.

Namun, hasil disiplin ketat mengawal pemakanan dan bersenam secara kerap, beliau berjaya menurunkan berat badan kepada 70 kilogram.

"Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak. Sebaliknya, usaha mengurangkan 20 kilogram memakan masa dua tahun!

"Ini semua hasil ketegasan isteri yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat.

"Biasanya beliau akan pantau apa yang saya makan dan paksa saya bersenam. Apa dilakukan semuanya demi kesihatan," katanya.

Ako menambah bahawa perubahan jasmani juga dilakukan demi kerjaya sebagai pelakon agar kelihatan lebih baik depan kamera.

Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Ako mengakui beliau kini jarang berlakon kerana lebih selesa bekerja di belakang tabir.

Menurutnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau lebih banyak bertindak sebagai penerbit dan menghasilkan rancangan televisyen.

Tugas itu memberi banyak kepuasan kepadanya, kata Ako.

"Tawaran berlakon masih ada cuma ada kalanya saya tolak sebab kebanyakan watak diberikan sama sahaja. Jika ada yang benar-benar menarik perhatian, saya terima.

"Sekarang saya banyak terlibat di belakang tabir, menerbitkan program televisyen selain ada bisnes lain," ujarnya.

"Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak. Sebaliknya, usaha mengurangkan 20 kilogram memakan masa dua tahun! Ini semua hasil ketegasan isteri yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat." - Ako Mustapha.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg