Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelakon M'sia Daniel Fong berpuasa untuk hormati rakan Muslim
Premium
Pelakon M'sia Daniel Fong berpuasa untuk hormati rakan Muslim
Pelakon M'sia Daniel Fong berpuasa untuk hormati rakan Muslim

BELAJAR ERTI LAPAR DAHAGA: Daniel Fong terdorong untuk berpuasa sebagai menghormati rakan beragama Islam di set penggambaran. - Foto KOSMO! -
Apr 4, 2023 | 5:30 AM
PELAKON Daniel Fong menyatakan keinginan untuk belajar berpuasa sempena bulan Ramadan sebagai salah satu cara menghormati masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia.
Daniel atau nama sebenarnya, Daniel Fong Weng Chuan memberitahu akhbar Harian Metro selepas mendapat galakan daripada selebriti berbangsa Cina, Dr Soo Wincci yang sentiasa mengambil peluang berpuasa sepanjang Ramadan, beliau enggan melepaskan peluang berharga itu.
