Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon M'sia Kamal Adli terima jahitan di kepala susuli serangan di S'pore Expo

Mar 12, 2023 | 10:49 PM



SESI bergambar dan beramah-tamah pasangan  selebriti Malaysia, Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo  terhenti sekitar 9 malam  tadi (Ahad, 12 Mac), apabila Kamal tiba-tiba diserang dengan 'cota' (sejenis pisau panjang).



Beberapa pengunjung yang menyaksikan kejadian itu terkejut ekoran melihat Kamal yang berlumuran darah.



Lelaki yang Kamal sangka ingin bergambar dengannya dan mengekorinya  itu juga dikatakan membawa pisau kerambit.



Kamal, 37 tahun, yang turut mengalami lebam pada muka dan pipinya kerana dipukul lelaki itu selepas kepalanya ditetak dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dan menerima beberapa jahitan.



Ini dimaklumkan pengacara Roslan Shah yang membawa Kamal dan Uqasha, 30 tahun, ke Singapura untuk acara dagangan ini kepada Berita Harian, apabila dihubungi.



Uqasha yang masih dalam keadaan terkejut dan menangis sewaktu berbual dengan BH turut menceritakan tentang kejadian ngeri dan tidak diduga itu.



Lelaki yang menyerang Kamal telah pun ditangkap polis selepas beberapa pengunjung dan pengendali gerai menahannya daripada melepaskan diri.



“Saya memang tidak menduga perkara ini berlaku. Sekitar 9 lebih, kami sedang bergambar dengan seorang makcik berkerusi roda.



“Kemudian saya berjalan dahulu ke depan manakala Kamal di belakang pula sedang rancak berborak dengan makcik.



“Tahu-tahu, seorang lelaki memanggil Kamal. Kami ingatkan dia nak bergambar. Alih-alih dilibas ‘cota’ panjang itu pada kepala Kamal.



“Darah mencurah-curah...teruk Kamal kena. Saya nampak Kamal bangun sebab nak tahu siapa yang menyerangnya. Dia kemudian dipukul pada muka dan pipi serta badan. Darah dah mengalir terlalu banyak,” cerita Uqasha menahan sebak di dada.



Menurutnya, lelaki itu seakan tidak mempedulikan serangan dibuat di khalayak ramai.



“Dengan muka bersahaja dan senyum sinisnya, dia memandang Kamal. Semua orang di situ kemudian kejar lelaki itu dan menahannya. Mereka hairan dan marah mengapa Kamal menjadi mangsa serangannya,” tambah Uqasha.



Beliau berterima kasih dengan orang ramai yang tangkas membantu serta bersyukur nyawa suaminya itu terselamat dan daya ingatannya tidak terjejas.



“Alhamdulillah, Allah nak selamatkan Kamal. Saya tahu semangatnya kuat. Lukanya dalam tetapi mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.



"Doktor di hospital tanya tentang hari ini hari apa dan pukul berapa...nampaknya Kamal ingat...daya ingatannya masih kekal selepas serangan teruk itu,” ujar Uqasha.



Roslan, sementara itu, berharap lelaki yang menyerang itu akan dibawa ke muka pengadilan.



“Sebagai orang yang membawa Kamal dan Uqasha datang ke Hari Raya Mega Sale ini, saya perlu bertanggungjawab dan tak nak apa-apa terjadi pada artis yang saya uruskan datang ke sini untuk temui peminat.



“Saya tak pasti apa motif lelaki itu menyerang Kamal. Tak baiklah membahayakan nyawa orang dan dalam suasana ceria acara seperti Hari Raya Mega Sale.



"Sewaktu kejadian, saya keluar dari dewan sebentar. Apabila pulang semula, saya lihat keadaan kecoh sebab Kamal sudah berlumuran darah.



“Saya mohon peminat doakan agar urusan Kamal dan Uqasha dipermudahkan dan kesihatannya kembali pulih,” jelas Roslan.



Ketika dihubungi Berita Harian, jurucakap polis berkata pihaknya menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo pada 9.19 malam.



"Siasatan awal mendedahkan bahawa seorang lelaki berusia 33 tahun yang membawa senjata baton didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun di lokasi tersebut. Lelaki berusia 36 tahun itu dalam keadaan sedar apabila dibawa ke hospital," kata polis.



Lelaki berusia 33 tahun itu kemudiannya diberkas kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan menggunakan senjata bahaya dan memiliki senjata serangan. Baton itu dirampas, dan siasatan polis sedang dijalankan, kata polis.



Hari Raya Mega Sale yang diadakan dari Jumaat hingga Ahad merupakan acara anjuran Megaxpress International dan menampilkan beberapa artis dari seberang yang meniaga, membuat persembahan mahupun membuat penampilan khas untuk menemui peminat di sini.



Kamal dan Uqasha yang baru-baru ini menjayakan drama romantis Akira Khan di Astro Ria bersama adalah yang sering tampil di acara sebegini untuk menemui peminat kesayangan mereka.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >