Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon M'sia Saharul Ridzwan pilih niaga demi keluarga

Tidak ketepi lakonan tetapi pilih projek untuk lebih masa bersama famili
May 18, 2023 | 05:30 AM



DI dalam kesibukan berlakon, dramatis Malaysia, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, terfikir untuk meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.



Dari situlah, Saharul, 34 tahun, mula menebarkan sayap dalam bidang perniagaan lebih daripada membabitkan diri dalam projek lakonan agar masa untuk keluarga lebih terjamin.



Dalam pertemuan bersama Berita Harian pada satu acara dagangan di Pusat Pameran dan Persidangan Suntec Singapore, Saharul, bapa tiga anak, berkata beliau kini menjual produk penjagaan kulit untuk lelaki dan perempuan, Qaabila.



Jenama yang dibangunkan dengan isterinya Deena Emir ini sudah dua tahun beroperasi dan telah menembusi pasaran Singapura.



Saharul melihat penampilannya sebagai duta produk ini telah menggalak wanita membeli produk penjagaan kulit buat suami mereka juga.



Produk yang diperbuat daripada bahan-bahan sunnah ini menangani masalah jerawat, kulit berminyak dan pigmentasi.



Seperti kebanyakan orang yang terjejas dengan pandemik Covid-19, Saharul turut merasakan tempiasnya.



Beliau menyedari bahawa selama hampir 10 tahun dalam dunia hiburan, berlakon telah menjadi satu-satunya punca sumber pendapatan.



"Kalau saya tak berlakon, saya nak buat apa? Itulah soalan yang asyik saya tanyakan pada diri.



"Jadi dengan perniagaan sendiri, walaupun tak berlakon, saya masih boleh hidup dan bertahan.



"Pandemik telah membuat saya sedari dan pelajari bahawa dalam segala usaha, kita tidak boleh hanya bergantung kepada hanya satu sumber pencarian rezeki," jelas pelakon filem Renjana itu.



Sejak beralih tumpuan kepada perniagaan, Saharul akur bahawa beliau kini mempunyai lebih masa yang diluangkan bersama keluarga.



"Tujuan saya adalah untuk memperkukuhkan dari segi kewangan tetapi masa bekerja juga harus berdisiplin, di mana selepas 5.30 petang, selesai bekerja. Jadi malam dapat habiskan masa bersama keluarga.



"Itulah antara manfaat bekerja sendiri di mana saya dapat menentukan masa mengikut kelapangan diri berbanding jika berlakon, saya mengikut arahan orang lain," ujar pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2012 itu.



Antara matlamat utama yang ingin beliau kecapi, tambahnya, adalah untuk miliki syarikat sendiri di mana beliau mengambil inspirasi daripada rakan sekerja Aeril Zafrel, seorang pelakon, penerbit dan pengarah.



Bermula sebagai pelakon tambahan dalam siri-siri drama, Saharul bekerja keras dan mendapat watak filem pertamanya Renjana yang ditayangkan pada 2022 disusuli Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada 2023.



"Selain nasib dan rezeki masing-masing, bakat dan dedikasi itu amat penting.



"Saya amat bersyukur segala usaha dan kerja keras dalam lakonan selama hampir lapan tahun, akhirnya berhasil dan dapat berlakon dalam filem," ujarnya.



Saharul amat berterima kasih kepada semua peminat termasuk di Singapura yang banyak menyokongnya.



Beliau juga terhutang budi pada pengarah serta penerbit yang meyakini bakat lakonannya, lantas menawarkan peranan bagi menjayakan drama atau filem mereka.



Memberi nasihat kepada generasi muda yang ingin berjinak-jinak dalam bidang seni, Saharul berkata:



"Sebagai pelakon, pendirian asas adalah mesti ada minat. Dari situ, cari nilai berlakon.



"Apa yang anda ingin sampaikan kepada penonton, melalui drama atau filem tersebut? Fikirkan dahulu sebelum menerima watak tersebut.



"Tetapkan garis panduan anda sendiri dan ketahui batasan anda."




"Kalau saya tak berlakon, saya nak buat apa? Itulah soalan yang asyik saya tanyakan pada diri.

Jadi dengan perniagaan sendiri, walaupun tak berlakon, saya masih boleh hidup dan bertahan.

Pandemik telah membuat saya sedari dan pelajari bahawa dalam segala usaha, kita tidak boleh hanya bergantung kepada hanya satu sumber pencarian rezeki."

- Pelakon Saharul Ridzwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >