Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon M'sia Zara Zya setakat kawan rapat dengan Shuib

Aug 31, 2022 | 5:10 PM
RAKAN NIAGA: Zara Zya mengakui beliau setakat berkawan dengan Shuib, apatah lagi kini mereka menjalankan perniagaan francais sama, Bubblebee. - Foto SHUIB SEPAHTU INSTAGRAM
RAKAN NIAGA: Zara Zya mengakui beliau setakat berkawan dengan Shuib, apatah lagi kini mereka menjalankan perniagaan francais sama, Bubblebee. - Foto SHUIB SEPAHTU INSTAGRAM -

PELAKON popular, Zara Zya mengakui, hubungannya dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib cuma setakat berkawan, apatah lagi kini mereka kini sudah menjadi rakan kongsi dalam perniagaan francais, Bubblebee. Zara berkata mungkin status beliau dan Shuib yang masing-masing masih belum berpunya menyebabkan warganet suka melihat keserasian dan seronok untuk 'menjodohkan' mereka. "Sebenarnya bukan gimik bercinta pun. Gambar pertama kami muat naik tidak ada tulis kapsyen 'mengundang' atau apa-apa. Netizen pula suka kenen-kenenkan, jadi kita saji apa yang mereka mahu. "Tak sangka juga sebenarnya, sekeping gambar beribu orang komen. Tetapi, sebelum ini dengan Ben Amir pun warganet cuba jodohkan saya dengannya. Mungkin sebab kami semua masih solo. "Kelakarnya, kalau saya muat naik gambar sendiri bersiap cantik-cantik, hanya mendapat beberapa sahaja tanda suka: Sedangkan saya ada berjuta pengikut di Instagram," ujarnya, lapor Utusan Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg