Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Nick Mikhail didakwa tawar barangan serupa produk tembakau untuk dijual

Jan 20, 2023 | 07:50 PM



PELAKON Mikhail Abdul Razak, yang lebih dikenali sebagai Nick Mikhail, didakwa atas pelbagai tuduhan berkaitan dengan penjualan barangan yang menyerupai produk tembakau.



Mikhail, 44 tahun, yang hadir di mahkamah daerah pada Khamis (19 Januari), menghadapi 32 tuduhan di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan).



Satu pemeriksaan akhbar The Straits Times dengan Penguasa Pengawalseliaan Perakaunan dan Korporat mendedahkan bahawa dia adalah pengarah di sebuah syarikat pakaian bernama FlamboyantSociety.Co.



Dia juga pernah menjadi pemilik dua firma lain – Redruby Pictures dan The3Hundred, yang menyediakan perkhidmatan 'broker' dan perundingan mengenai aset harta intelek.



Mikhail sebelum ini tular di media sosial  apabila dia menyiarkan video di Instagram, mengadu tentang tingkah laku tiga pegawai penguatkuasa dari Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan tiga pegawai polis yang telah memeriksa rumahnya di tengah-tengah pandemik Covid-19 pada 31 Julai 2021.



Mikhail menimbulkan persoalan mengapa pegawai itu boleh memasuki rumahnya pada waktu malam tanpa waran atau perintah mahkamah.



Sebagai respons, URA berkata bahawa pegawai penguatkuasa jarak selamat boleh memasuki, memeriksa dan menggeledah pelbagai premis - termasuk kediaman - tanpa waran, tetapi mereka akan menentukur pendekatan mereka berdasarkan setiap kes.



Dalam kes terkini, Mikhail didakwa menawarkan untuk menjual di Instagram dua set peranti pengewap yang direka bentuk menyerupai produk tembakau, pada 11 Ogos 2019.



Dia dikatakan melakukan kesalahan serupa pada bulan-bulan berikutnya.



Antara lain, dia juga didakwa memiliki alat pengewap Smok di Mahkamah Negara sekitar 5.30 petang pada 26 September 2019.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan mengapa dia berada di mahkamah pada masa itu.



Dia juga dituduh memiliki peranti pengewap Moti dalam sebuah unit di kondominium Parc Olympia di Flora Drive, berhampiran Upper Changi Road North pada 5 Mei 2020.



Terdapat larangan ke atas import dan penjualan alat pengewap elektronik atau e-vaporiser di Singapura sejak 1993, apabila semua produk tembakau tiruan dilarang.



E-vaporiser, yang termasuk e-rokok, ialah peranti berkuasa bateri yang memanaskan cecair, dipanggil jus vape, mengandungi nikotin, menghasilkan wap yang disedut.



Pada Februari 2018, ditetapkan bahawa adalah menyalahi undang-undang untuk membeli, menggunakan atau memiliki produk tembakau berbahaya atau tiruan seperti e-vaporiser.



Kes Mikhail telah ditangguhkan hingga 9 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >