Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Nina Fevriena naik pelamin lagi dengan bekas suami setelah berpisah 7 tahun

Feb 12, 2024 | 05:30 AM



Setelah lebih tujuh tahun hidup bersendirian, pelakon veteran Nina Fevriena naik pelamin lagi, didampingi dengan dua orang anak tersayang.

Gambar beliau yang dimuat naik ke Instagram baru-baru ini menjadi tanda tanya sama ada petikan itu dari sebuah drama lakonannya atau Nina betul-betul mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Berita Harian (BH) menghubungi Nina baru-baru ini untuk kepastian – memang sah Nina baru mendirikan rumah tangga lagi – sekali lagi dengan bekas suaminya, Zack Zuraini, tujuh tahun setelah mereka berpisah.


Nina atau nama sebenarnya Fevriena Marwan, dan Zack atau nama sebenarnya Zuraini Suhaimi – kededuanya kini berusia 50 tahun.

Menurut Nina, perpisahan yang berlaku setelah 15 tahun mengharungi bahtera rumah tangga bersama adalah satu ujian berat bagi dirinya.

“Saya pilih menjadi suri rumah tangga sepenuh masa selepas berkahwin dulu untuk menjaga keluarga dan membesarkan anak-anak. Tetapi, selepas bercerai, hidup saya terumbang-ambing kerana perlu serta-merta berdikari dan mencari mata pencarian sendiri,” katanya.

Nina dan Zack memilih hari yang bersejarah untuk hari pernikahan mereka yang kedua ini – iaitu 2 Februari 2024 – genap 22 tahun tarikh pernikahan mereka yang pertama kali pada 2002. Beliau juga memilih untuk bersanding dan menjemput keluarga terdekat untuk menyambut hari istimewanya itu.

“Kali ini saya bersanding lagi tetapi bezanya, anak-anak kami sudah besar panjang, tetapi saya ingin menunaikan janji saya kepada mereka yang berharap kami berdua disatukan semula,” kata ibu kepada seorang anak lelaki, Haedy Raoulf, 19 tahun, dan seorang lagi anak perempuan, Helena Rose, 14 tahun.

Diminta pandangannya, Zack berkata:

“Bersyukur kerana diberi peluang kedua. Kalau sudah jodoh tidak ke mana.”

Bakat Nina Fevriena dicungkil oleh penulis tempatan tersohor Hamed Ismail semasa beliau mula berjinak-jinak dalam bidang seni ketika umurnya 18 tahun.


Beliau bermula sebagai penari bersama Perkumpulan Seni dan kali terakhir Nina berlakon dalam drama Suria ialah dalam siri 60 sen pada 2019. Beliau juga pernah terlibat dalam telefilem Takbir nan Syahdu (2017) dan Zakat Zakaria (2018).


“Kebelakangan ini, saya terus mendapat tawaran berlakon tetapi saya terpaksa menolaknya kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga,” kata Nina yang kini bekerja sebagai setiausaha peribadi di sebuah syarikat produk barang kemas.

Zack pula bekerja selaku pengurus kanan kejuruteraan, tambah Nina.

Nina Fevriena dan teman seperjuangannya, Lynn Nasir, pernah dibandingkan sebagai Zoe Tay dan Fann Wong ketika zaman kegemilangan mereka.


Nina dan suaminya ingin memulakan hidup baru bersama demi anak-anak dan juga merasakan diri mereka lebih serasi bersama walaupun sudah lama terpisah.


Menurutnya:


“Setiap orang ada salah dan silap, tetapi itu adalah sesuatu yang saya terpaksa terima dan perbaiki, kerana saya sendiri ada kekurangan.”


BH mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Nina dan Zack.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >