Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia

May 04, 2023 | 05:20 PM



KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, 62 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi Khamis (4 Mei).



Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



"Saya mahu beritahu pada semua sahabat yang mengenali bekas suami, Ridzuan Hashim sudah kembali ke rahmatullah.



"Pada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di HKL. Saya akan kemas kini maklumat di mana arwah akan dikebumikan.



"Saya mohon pada semua yang masih ada hutang bersama arwah boleh terus menghubungi saya dan ampunkan beliau," katanya menerusi hantaran video berdurasi 49 saat.



Sementara itu, pelakon Iman Zulkarnain yang juga anak saudara arwah Ridzuan itu berkata, arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah.



"Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.



"Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir," katanya.



Iman memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.



Ridzuan memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model iklan komersial, seterusnya mengembangkan bakat dalam dunia lakonan apabila ditawarkan membintangi dalam drama Adam & Hawa siaran TV1 pada 1986.



Dua tahun kemudian, anak kelahiran Kuala Lumpur itu diberi kepercayaan oleh pelakon dan pengarah, Datuk Rosnani Jamil membintangi filem Antara Dua Hati bersama bintang handalan, Raja Ema dan Sabree Fadzil.



opularitinya kian memuncak apabila menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-9 menerusi filem kedua, Hati Bukan Kristal.



Filem arahan Allahyarham Raja Ahmad Alauddin itu menggandingkan Ridzuan dengan pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima.



Kemenangannya itu membuatkan bapa kepada lima cahaya mata itu melangkah lebih jauh. Selain genggam trofi terbaik, Ridzuan juga diiktiraf antara pelakon popular pada zaman kegemilangannya.



Sebagai bukti, Ridzuan memenangi trofi Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 1988 menerusi filem Antara Dua Hati.



Sepanjang 37 tahun pembabitannya dalam dunia seni, Ridzuan membintangi berpuluh-puluh filem termasuklah KL Gangster yang mengangkat namanya menerusi watak King.



Antara filem dibintangi seperti Pesona Cinta, Scoop, Lurah Dendam, Ghazal Untuk Rabiah,



Seri Dewi Malam, Cinta 200 Ela, SH3, Qaisy & Laila, 1957: Hati Malaya, Dunia Baru The Movie, Cicakman 2 - Planet Hitam, Maut, Jalang, My Spy, KL Gangster, KL Gangster 2, Pilot Cafe dan terakhir, Daddyku Gangster, tahun lalu.



Selain itu, Ridzuan juga pernah terbabit dalam produksi antarabangsa iaitu filem blockbuster India, Don 2 bersama Shah Rukh Khan dan telemovie produksi Jerman, Love & Death on Java.



Ketika berada di puncak populariti, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pelawak dan pengacara popular, Didie Alias pada 1992.



Namun, rumah tangga dibina tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2002.



Hasil perkongsian hidup bersama Didie, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani. - BERITA HARIAN MALAYSIA (BHM) ONLINE



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >