Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon 'She-Hulk' senangi drama mahkamah cuit hati

Tatiana Maslany nanti hari peranan wirawati setara dengan wira
Oct 31, 2022 | 05:30 AM



BERKAKI ayam dengan tubuh yang disalut warna hijau secara digital sebagai wirawati She-Hulk bukanlah perkara yang membuat pelakon Hollywood, Tatiana Maslany, teruja menjayakan siri drama She-Hulk: Attorney At Law.



Sebaliknya, pelakon kelahiran Canada ini tidak sabar setiap kali memasuki ruang mahkamah kerana wataknya Jennifer Walters dalam drama aplikasi Disney+ itu adalah seorang peguam.



Ini adalah antara perkara yang dikongsi Maslany, 37 tahun, dalam satu sidang media global yang turut disertai Berita Harian menerusi Zoom baru-baru ini.



Apabila ditanya tentang perasaannya mengubah penampilannya daripada wanita berkasut tumit tinggi kepada She-Hulk, Maslany berkata:



"Sebenarnya saya tidak suka gunakan kasut tumit tinggi. Jadi ini kes pakai kasut dan kemudian tanggalkannya untuk jadi She-Hulk.



"Berkunjung ke mahkamah adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Apa yang saya sukakan adalah seperti dalam filem Marvel lain, ciri-ciri yang diperkenalkan cukup terperinci.



"Ada perkara melucukan di mana She-Hulk gunakan aplikasi dating untuk memilih pasangan yang mungkin cocok dengan peribadinya.



"Ada perkara biasa seperti She-Hulk membantu bapanya angkat barang ke garaj. Ada banyak perkara-perkara kecil yang manis yang membuatkan saya berminat menjayakan drama ini.



"She-Hulk bukan wirawati dengan kuasa luar biasa. Dia orang biasa yang rimas dengan kelebihan yang ada pada dirinya itu."



She-Hulk: Attorney At Law adalah kisah Jennifer, seorang wanita bujang yang mengemudi hidupnya sebagai seseorang yang berusia 30-an tahun serta mampu berubah menjadi raksasa berkulit hijau, She-Hulk.



Jennifer juga adalah sepupu watak Bruce Banner atau Hulk. Dia tidak mahu memiliki kekuatan sebegitu yang dianggap menjejas rutin sehariannya sebagai peguam.



Sembilan episod yang dijana Jessica Gao disajikan di Disney+ berdasarkan komik Marvel, She-Hulk.



Maslany adalah anak seorang tukang kayu dan penterjemah yang mempunyai campuran darah Austria, Jerman, Poland, Romania dan Ukraine.



Isteri pelakon Brendan Hines ini pernah berlakon dalam filem jenayah Destroyer dan filem romantik Pink Wall.



"Apa yang saya sukakan tentang watak saya adalah keupayaan Jennifer beralih kepada watak She-Hulk tanpa mengabaikan daya kesedarannya tentang keadaan sekeliling.



"Bagi saya, alangkah seronoknya kalau watak saya dapat berinteraksi dengan watak Batman dalam siri lakonan Adam West.



"Saya berlakon bersama pelakon Hulk, Mark Ruffalo, yang membuat penampilan khas. Beliau agak terbuka dan sentiasa datang ke set dengan rasa teruja seperti budak kecil yang kagum dengan segalanya.



"Beliau tidak pernah memberitahu saya ada ciri-ciri tertentu yang perlu saya tampilkan sebagai She-Hulk. Satu perkara yang saya lihat Mark lakukan adalah mengejutkan ramai tatkala dia terbaring di bumi sebagai Bruce Banner dan akhirnya bangkit sebagai Hulk," cerita Maslany.



Maslany sebenarnya tidak menetapkan sebarang jangkaan ketika diminta menjalani sesi uji bakat untuk drama ini.



"Saya tak fikir banyak. Asalkan ada cabaran dan kejutan pada jalan cerita drama ini, ia sudah memadai. Saya hanya risaukan apakah saya mampu bawa watak yang kelakar ataupun tidak sebab drama ini pada dasarnya banyak unsur humor," katanya.



Beliau juga akur dalam era masa kini tubuhnya tidak akan dipalit dengan cat hijau untuk bertukar menjadi She-Hulk.



Ia boleh dilakukan dengan kesan khas digital, tidak seperti drama Hulk pada tahun 1980-an, di mana pelakon dan olahragawan sukan bina badan, Lou Ferrigno, dipalit dengan cat hijau.



Namun, Maslany menanti hari di mana orang tidak akan lagi rasa hairan bahawa adiwira di layar perak itu adalah seorang wanita.



"Kadangkala saya rasa bingit apabila orang kata watak wanita dalam sesebuah filem itu hebat sekali. Ia macam merendahkan kebolehan wanita. Mengapa kita tidak boleh dinilai secara saksama?" ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >