Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelakon Soffi Jikan dedah ada isu antara Aaron Aziz, Syamsul Yusof
Pelakon Soffi Jikan dedah ada isu antara Aaron Aziz, Syamsul Yusof
Aaron digugur daripada barisan pelakon filem aksi 'Original Gangster' di M'sia
Pelakon Soffi Jikan dedah ada isu antara Aaron Aziz, Syamsul Yusof
PELAKON dari Malaysia Soffi Jikan berkata Aaron Aziz digugurkan daripada barisan pelakon filem aksi Original Gangster kerana ada isu antara beliau dengan pengarah filem Syamsul Yusof.
Soffi atau nama sebenarnya Mohammad Shoffi Jikan, 53 tahun, berkata isu itu belum selesai dan masih berlarutan.
Namun, beliau yang turut terlibat dalam filem itu enggan mengulas lebih lanjut atau masuk campur dan berharap masalah yang timbul dapat diselesaikan secara baik, lapor mStar Online.
"Apa saya boleh kata, memang ada isu kedua-dua belah pihak... cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah.
"Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya tak boleh komen lebih kerana tidak mahu masuk campur, cuma apa saya harapkan Aaron dan Syamsul selesaikan isu yang timbul dengan berhemah," katanya.
Soffi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pra pelancaran Horrey X Fest Raya baru-baru ini.
Pada 12 Mac, Aaron, 47 tahun, mendedahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon Original Gangster tetapi enggan mendedahkan puncanya kerana menghormati bapa Syamsul, iaitu Datuk Yusof Haslam.
Kata Aaron, beliau enggan membuka cerita tentang perkara berkenaan apatah lagi Syamsul kini sedang berdepan pelbagai masalah terutama hal rumah tangga.
Akur dengan keputusan itu, Aaron menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.
"Selisih faham itu.. yang faham itu faham sajalah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita.
"Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu... tahulah," kata beliau semasa ditemui di majlis Anugerah Drama Sangat 2023.
Dalam pada itu, Soffi mengakui terkejut dengan pengguguran nama Aaron, namun percaya ada sebab tersendiri keputusan itu dibuat pihak produksi.
Soffi bagaimanapun tetap menaruh harapan agar filem tersebut akan mendapat sambutan ramai meskipun tidak menampilkan wajah-wajah sinonim dengan watak gangster.
"Kami yang berada di set penggambaran lagi terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba, tapi kami semua profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuat Syamsul dan penerbit.
"Kami juga tiada hak secara individu untuk berburuk sangka," kongsinya lagi.
Original Gangster yang sedang dalam penggambaran turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Adi Putra, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Pablo Amirul, Nas-T dan Sharnaaz Ahmad.
"Apa saya boleh kata, memang ada isu kedua-dua belah pihak... cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah." - Pelakon Soffi Jikan.
