Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aktor terkenal Bollywood bunuh diri

Dilaporkan, Sushant Singh Rajput, meragut nyawanya sendiri di kediamannya di Bandra, Mumbai, petang semalam
Jun 15, 2020 | 9:15 AM
MENINGGAL DUNIA: Anggota polis berdiri ketika kakitangan hospital membawa jenazah pelakon Bollywood India, Sushant Singh Rajput, setelah dia meragut nyawanya sendiri, ke hospital untuk laporan bedah siasat, di Mumbai, semalam.
MENINGGAL DUNIA: Anggota polis berdiri ketika kakitangan hospital membawa jenazah pelakon Bollywood India, Sushant Singh Rajput, setelah dia meragut nyawanya sendiri, ke hospital untuk laporan bedah siasat, di Mumbai, semalam. - - Foto: AFP

MUMBAI: Pelakon muda terkenal Bollywood, Sushant Singh Rajput, 34 tahun, ditemui mati tergantung di kediamannya di Bandra, di sini, petang semalam.

Laporan awal mempercayai aktor yang mula popular dengan siri televisyen, Kis Desh Mein Hai Meraa Dil, pada 2008 itu membunuh diri.

Mengikut laporan Hindustantimes.com, aktor itu ditemui mati di tingkat enam, di sebuah pangsapuri manakala pihak polis mengesahkannya membunuh diri. Bagaimanapun, tiada nota ditemui di rumahnya.

"Rajput membunuh diri, pihak polis sedang menjalankan penyiasatan," kata jurucakap Polis Mumbai.

Sementara itu, pengurusan Rajput turut berkongsi mesej untuk peminatnya.

"Ia sesuatu yang menyedihkan untuk kami berkongsi bahawa Sushant Singh Rajput tidak lagi bersama kita.

"Kami memohon peminat sentiasa mendoakannya dan menghargai kerjanya seperti apa yang dilakukan sebelum ini.

"Mohon media memahami dan membantu kami menjaga privasi pada saat menyedihkan ini," kata wakil syarikat pengurusan Rajput.

Kematian Rajput dilaporkan selepas beberapa hari pengurusnya, Disha Salian ditemui mati ekoran membunuh diri.

Rajput turut membuat ciapan di Twitter mengenai berita mengejutkan itu. Salian membunuh diri dengan melompat daripada bangunan 14 tingkat di Malad, Mumbai. - BHM, Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg