SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelakon veteran Malaysia, Hisham Ahmad Tajuddin, meninggal dunia

Pelakon veteran Malaysia, Hisham Ahmad Tajuddin, meninggal dunia

Oct 12, 2022 | 10:46 PM

Pelakon veteran Malaysia, Hisham Ahmad Tajuddin, meninggal dunia

Foto UTUSAN ONLINE
Foto UTUSAN ONLINE -

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia sekitar pukul 4.30 petang Rabu (12 Oktober).

Allahyarham yang dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam sejak 29 September lalu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, lapor laman Utusan Online.

Berita duka itu telah dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd. Hisham, 26 tahun.

"Dengan rendah hati saya memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar, pukul 4.30 petang tadi.

"Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Innalillahiwainnailaihirojiun," kongsinya.

Allahyarham yang menghidap kencing manis dan darah tinggi dirawat di HDW Shah Alam sejak 29 September lalu dan kesihatannya merosot selepas mengalami batuk berpanjangan sebelum disahkan mengalami jangkitan paru-paru.

Allahyarham Hisham dikenali menerusi filem antaranya Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988), selain drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014). - UTUSAN ONLINE

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg