Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon veteran M'sia, Mubarak Majid, dinobat Pelakon Lelaki Terbaik di pesta filem India

Jun 26, 2022 | 08:43 PM



KUALA LUMPUR: Lebih empat dekad bergelar anak seni, pelakon veteran Malaysia, Mubarak Majid melakar sejarah peribadi apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek, Coofie & Sexy Dress di Pesta Filem Antarabangsa Motion Horse (MHIFF) 2022 yang berlangsung di India, baru-baru ini.



Terharu pengiktirafan diberikan, Mubarak, 66 tahun, menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah atas keikhlasannya dalam berkarya.



“Kemenangan ini sudah tentu sangat manis kerana selepas 40 tahun hasil kerja saya diiktiraf sekali gus membuatkan saya bangga apabila turut membawa nama Malaysia di luar negara.



“Bagi saya, setiap tanggungjawab yang diamanahkan, saya buat dengan bersungguh-sungguh tidak kira besar atau kecil watak diberikan.



“Kiranya, kemanisan yang saya kecapi hari ini adalah hadiah atas keikhlasan dalam menggalas setiap watak yang diamanah penerbit, pengarah dan pihakj penerbitan.



"Sebelum ini saya pernah dicalonkan dalam pelbagai acara anugerah, tetapi hanya mampu cecah tahap finalis,” katanya kepada Kosmo! Online.



Jauh di sudut hati pelakon senior yang sudah membintangi lebih 100 drama itu, tidak pernah timbul sesalan sejak aktif dalam arena lakonan seawal tahun 1980-an.



Malah katanya, sepanjang tempoh ini bukan pengiktirafan yang dikejar sebaliknya dia yakin andai sudah tiba masanya rezeki tidak mungkin tersilap alamat.



“Memang kita nampak dalam sesetengah acara, pemenang pilihan adalah pelakon yang lebih baru tetapi tidaklah saya berkecil hati.



“Saya percaya semua ini bergantung pada rezeki. Kalau orang lain menang, kita pun patut tumpang gembira melihat kejayaannya.



“Janji Allah itu pasti. Sekarang giliran saya pula dapat penghargaan. Malah ini juga membuktikan ramai lagi rakan seperjuangan lain punya peluang sama,” katanya lagi.



Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn. Bhd. meraih pujian pengkritik filem luar negara turut membariskan Shil Elsa dan Syafiq Dharma.



Filem berkenaan berkisar kesempitan hidup sebuah keluarga disebabkan keadaan isteri yang sakit hingga anak gadis mereka terpaksa bekerja sebagai model demi mencari wang.



“Si bapa salah sangka dan menganggap anaknya melakukan kerja tak elok sedangkan hakikatnya rupa-rupanya dia mencari wang untuk biaya perubatan emaknya,” katanya mengenai filem yang boleh diikuti menerusi YouTube.



Sementara itu, Mubarak turut berbesar hati apabila meraih pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia Badan Peneraju Seni Budaya daripada Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri atas sumbangan terhadap industri seni.



Pengiktirafan tersebut diterima di Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), di Putrajaya.



Antara selebriti yang turut diraikan dalam acara sama adalah Datuk Syafinaz Selamat, Misha Omar, Jaclyn Victor, Amran Nasaruddin serta Zuhairi Ibrahim. – KOSMO! ONLINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >