Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon veteran S’pura, Moses Lim meninggal dunia

Feb 12, 2025 | 12:30 PM
Mendiang Moses Lim dikenali sebagai pelakon veteran yang tidak lokek ilmu dan akan sedia berkongsi panduan bersama bakat pelapis lebih muda.
Mendiang Moses Lim dikenali sebagai pelakon veteran yang tidak lokek ilmu dan akan sedia berkongsi panduan bersama bakat pelapis lebih muda. - Foto fail

Jenakanya mencuit hati dan kehadirannya dalam drama sitkom televisyen, Under One Roof, cukup diingati ramai yang dewasa sekitar 1990-an.

Pemergian pelakon veteran Singapura, Moses Lim, pada 11 Februari, pada usia 75 tahun, diratapi peminatnya.

Berita kematiannya diumumkan di akaun Facebook peribadi miliknya oleh anggota keluarga terdekat pada pagi 12 Februari.

Hantaran Facebook itu mengimbas kembali sumbangan Lim dalam beberapa siri televisyen yang terkenal seperti siri program aneka ragam, Comedy Nite (1990-2000), serta watak Tan Ah Teck dalam sitkom Channel 5, Under One Roof (1995-2003).

“Sesiapa yang berkesempatan bekerja dengannya akan ingat sikap murah hati Moses dalam membimbing bakat lebih muda serta dedikasinya pada seni lakonan.

“Sama ada ketika beliau menyampaikan kata pikat (punchline) melucukan dalam bahasa Inggeris atau Cina, Moses mempunyai keistimewaan luar biasa dalam menjadikan semua orang terasa ibarat berada dalam sebuah keluarga besar – itulah ciri magis dalam diri Moses,” jelas hantaran Facebook berkenaan.

Lim juga dikenali kerana hobinya yang suka makan sehingga beliau turut menjadi pengkritik makanan.

Beliau merupakan pengasas dan pengurus, Moses Lim Gourmet Club, kelab untuk pencinta makanan yang menganjurkan sesi mencuba sajian gourmet.

Lim meninggalkan seorang balu, Monica; dua anak perempuan, Grace dan Angela; serta empat cucu perempuan.

Dalam satu wawancara bersama laman web, 8world, Lim yang menjalani pembedahan jantung pada 2018, berkata beliau dikesan mengalami kadar degupan jantung perlahan pada lewat 2022.

Bagaimanapun, beliau enggan menggunakan alat perentak jantung meskipun dinasihati doktor agar berbuat demikian.

Lim kemudian menjelaskan beliau enggan berbuat demikian kerana faktor usia, yang meyakinkannya agar mengelak daripada menjalani sebarang prosedur pembedahan.

Apatah lagi, awal dari ini beliau beliau mengambil masa tiga bulan untuk sembuh selepas pembedahan jantungnya yang turut berhadapan beberapa kesulitan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg