Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelapis tarian disemai melalui bengkel, pementasan 'Akar Subur'

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



SENI tari merupakan salah satu seni kebudayaan Melayu yang masih lagi dapat menarik perhatian dan minat ramai anak muda di Singapura.



Lembut dan sopan adalah antara ciri-ciri tarian Melayu yang mempesonakan sesiapa saja yang menyaksikannya.



Mengekalkan tradisi dan budaya tarian sudah menjadi tanggungjawab pelopor dan penggiat seni ini untuk memastikan masa depan cerah dunia tarian.



Begitulah yang dilakukan oleh kumpulan seni Era Dance Theatre Limited (EDT), sejak 2015 lagi dengan program kesenian Akar Subur yang diadakan setiap tahun bagi mengasah bakat bakal pelapis sambil menampilkan mereka sebagai pereka tari yang semakin meningkat.



Tahun ini adalah kali ketujuh persembahan Akar Subur dipentaskan, kecuali tahun 2020 di mana acara ini dibatalkan akibat penularan Covid-19 dan sekatan pemutus litar.



Pada tahun 2021, projek ini dijalankan semula melalui wadah digital dan akhirnya, pada hujung minggu ini, Akar Subur akan kembali beraksi di pentas dengan lapan persembahan oleh empat orang pereka tari.



"Setiap pereka tari diberi tugas untuk mencipta dua karya; iaitu tarian tunggal dan tarian kumpulan dengan tidak lebih dari empat orang penari," kata Pengarah Artistik Era Dance Theatre, Encik Osman Hamid, 60 tahun, salah seorang penggiat seni tarian tanah air yang disegani setelah lebih 40 tahun berkecimpung dalam bidang seni ini.



"Acara ini kami sengaja adakan untuk wujudkan pelapis dan menggabungkan mentor dari beberapa kumpulan tarian untuk bekerjasama membangunkan dan menyemarakkan lagi industri tarian Melayu," terangnya lagi.



Empat pereka tari yang bakal ditonjolkan tahun ini ialah Izznur Haikal (Azpirasi), Haziq Abdullah (Era Dance Theatre), Muhammad Ubaid Yaacob (Kirana Seni) dan Eliyasari Samsuri (Sriwana).



Kesemua pereka tari ini telah menjalani bengkel selama lima bulan untuk mendapatkan bimbingan sambil mengembangkan teknik tarian dari mentor daripada beberapa kumpulan iaitu, Zairin Abdul Latiff (Era Dance Theatre), Muhammad Sharul Mohammed (Azpirasi), Dr Muhd Noramin Mohd Farid (Perkumpulan Seni), Norhaizad Adam (Azpirasi), Mohd Fauzi Anwar (Sriwana) dan Nur Awalliyah Jaafar (Kirana Seni).



Pereka tari di bawah program kesenian ini dikehendaki mencipta kreasi tarian baru menggunakan tema "peribahasa" sebagai inspirasi.



Salah seorang pereka tari yang menerima bimbingan di bawah program mentor ini ialah Eliyasari Samsuri, 20 tahun. Beliau dapat pendedahan kepada bidang tarian sejak umur enam tahun lagi.



Kata Eliyasari: "Bengkel yang kami jalani terbahagi kepada beberapa segmen; seperti corak lantai, kedudukan, prop, dan sebagainya. Teknik yang diajar oleh mentor-mentor amat berguna buat saya kerana ia telah membantu memudahkan penciptaan karya tarian saya. Saya amat berterima kasih di atas tunjuk ajar dan hargai masa yang diberikan untuk saya dan penari-penari saya."



Antara jenis tarian Melayu yang diketengahkan dalam program tarian tradisional ini termasuk Asli, Inang, Joget, Masri dan Zapin.



Pengarah Artistik, Encik Osman, berharap pertunjukan ketujuh ini dapat memberikan gambaran kepada penonton tentang masa depan tari Melayu di Singapura dan meningkatkan apresiasi terhadap seni budaya.



Penggiat tarian tanah air dan juga salah satu mentor Akar Subur, Dr Muhd Noramin Mohd Farid, memberi ulasannya tentang landskap seni tarian:



"Kita memerlukan platform seperti Akar Subur untuk memupuk semangat penjanaan semula agar amalan itu terus relevan dan dikekalkan oleh kumpulan pengamal antara generasi.



"Walau bagaimanapun, untuk kekal relevan, pendekatan asas dan bernuansa kepada pemahaman sejarah dan budaya untuk menyediakan konteks bagi generasi penari yang sedia ada adalah penting. Teknik dan koreografi mesti disertakan dengan pemahaman budaya."



Dr Noramin juga berpendapat mana-mana platform yang membolehkan koreografer muda mencari identiti mereka sendiri adalah penting.



"Walau bagaimanapun, ini mesti ditambah dengan bimbingan-bimbingan yang betul yang tidak terlalu instruksi dan menyediakan ruang untuk penambahbaikan.



"Koreografer muda ini dahagakan pengetahuan dan pengalaman untuk mereka berkembang lebih baik sebagai pengkarya. Saya percaya ia hanya akan memberi manfaat sekiranya ilmu yang mereka terima melalui eksperimen dan amalan mereka sendiri serta nasihat daripada pengamal senior dipertimbangkan dan diaplikasikan," ujarnya.



Persembahan hasil daripada bengkel bimbingan intensif ini akan dipentaskan di Goodman Arts Centre, pada 24 dan 25 Jun ini.




BUTIR PEMENTASAN



TEMPAT: Black Box, Goodman Arts Centre (Blk M, Level 1) 90 Goodman Rd, Singapore 439053



TARIKH: 24 Jun (8 malam) & 25 Jun (3 petang, 8 malam)



HARGA TIKET: $30



Maklumat lanjut boleh didapatkan di https://sg.bookmyshow.com/events/akar-subur-2022/ERADANCE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >