Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelawak Bell Ngasri hargai jasa ibu yang paksanya berlakon

Jul 24, 2023 | 02:20 PM



Sudah 37 tahun pelawak Bell Ngasri yang bermula sebagai pelakon kanak-kanak di Malaysia bayangkan bagaimana bergelar popular dan disanjung masyarakat pengamat dunia hiburan

Hanya pada Jumaat lalu, beliau mengenal erti dan impak populariti apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) anjuran akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).


Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43 tahun, juga diundi ramai sebagai Pelakon Komedi Popular pada majlis gilang-gemilang itu.

‘Di pentas ABPBH 35 saya tahan (air mata), di sini (sesi podcast ABPBH 35), saya menangis,” jelas Bell yang ditukil dalam satu laporan BHM.


Bell gagal menahan air mata apabila berkongsi kisah zaman kanak-kanak hingga remaja bersama ibunya, Cik Habibah Jaafar.

Bell malahan mendedahkan dirinya pernah memarahi ibunya kerana sering memaksa dirinya berlakon biarpun perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya pernah marah emak sebab ketika mahu duduki peperiksaan, emak sibuk suruh saya pergi berlakon. Tetapi, akhirnya, saya dapat benda ini (trofi Bintang Paling Popular). Itulah kesungguhan dan pengorbanan saya selama ini.

“Saya perlu pentingkan pelajaran sebab ada abang dan kakak yang bijak pandai, begitu juga adik saya. Jadi, saya tidak mahu ketinggalan. Disebabkan itu, kadang-kadang saya marah kepada emak sebab asyik suruh berlakon. Tetapi, kalau saya tidak berlakon, rasanya tidak ada cerita (telefilem) Pa’e,” katanya sewaktu ditemuramah hos Podcast ABPBH 35, Al Zahrin Alias, di Balai Berita, Bangsar.


Jumaat lalu, impak kempen besar-besaran pelayar internet dan Manifesto Barkoba, Bell diisytihar Bintang Paling Popular ABPBH 35 pada siaran langsung yang disiarkan TV3 dari Panggung Sari, Istana Budaya (KL).


ABPBH 35 bertemakan ‘Ekspresi Legasi Seni’ dengan tajaan utama Fellera Skin.

Bell mengaku menahan air mata ketika menerima trofi Bintang Paling Popular pada malam itu.

“Ketika itu, saya tahan air mata. Kalau diikutkan mahu menangis, tetapi, saya tahan. Bukan apa, saya faham, saya diberi masa singkat untuk berucap.Saya tidak mahu ganggu aturan yang dibuat dan mahu terus beri ucapan terima kasih serta pada masa sama, tahan diri daripada menangis,” katanya.

Sementara itu, Bell mendedahkan telefon pintarnya ‘hang’ atau tergendala apabila ribuan mesej dan notifikasi media sosial diterimanya susulan kejayaan meraih trofi Bintang Paling Popular ABPBH 35.


Malah, Bell berkata, jumlah pengikut Instagram (IG) meningkat kira-kira 70,000 hingga 80,000 orang sejak Jumaat lalu.


“Saya terima banyak mesej di WhatsApp. Tidak pernah terima sebanyak itu. Disebabkan telefon bimbit saya kuota stor sudah berkurangan, jadi, dengan kemasukan banyak notifikasi secara serentak membuatkan peranti tergendala.


“Disebabkan itu, kalau mahu buka apa-apa aplikasi termasuk media sosial, saya perlu tunggu lama sebelum dapat melayarinya. Seingat saya, lebih 100,000 notifikasi media sosial yang diterima daripada orang ramai. Mereka mengucapkan tahniah dalam semua akaun media sosial saya.


“Disebabkan itu, saya tidak sempat dan tidak tahu bagaimana caranya untuk membalas setiap ucapan,” katanya.


Menurut Bell, selepas 37 tahun menanti nak dapat perkataan ‘popular’, akhirnya gelaran itu dimillikinya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penganjur. Berkat undian dan berkat doa seluruh rakyat Malaysia, saya sendiri tak percaya dalam dewan penuh dengan peminat Anna Jobling dan Meerqeen, tetapi Alhamdulillah, semua boleh ucap ‘Yak Yak Yeay’!

“Dapatlah satu anugerah yang ada perkataan popular yang tidak pernah saya impikan. Saya pernah dapat trofi Aktor Pembantu Lelaki Terbaik, tetapi anugerah dari segi populariti, ini yang pertama. Saya bersyukur. Terima kasih semua yang mengundi,” jelasnya lagi

Beliau juga tidak lupa pada pencipta watak Barkoba iaitu Allahyarham Mamat Khalid.

Kata Bell lagi: “Saya tak pernah lupakan jasanya. Arwah sentiasa dalam doa saya. Yak Yak Yeay!”

Bell popular menerusi watak Barkoba yang juga geng plastik hitam dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa, arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Bell yang popular dengan frasa ‘Yak Yak Yeay’ sebelum ini tidak pernah bolos dalam senarai ‘Top 5 ABPBH’.


Bell yang memulakan kerjaya seni sejak usia enam tahun dilahirkan dalam keluarga seni. Abangnya, Naszeli Ngasri dan dua adiknya, Darling serta Anne turut aktif sebagai pelakon.


Selepas membina nama sebagai pelakon filem menerusi filem Cinta Kita pada 1995, Bell melebarkan kerjaya sebagai pelawak pada 2007 apabila syarikat produksi mula memberi kepercayaan kepadanya menjayakan watak komedi.


Selain itu, antara filem pernah dibintanginya adalah Kampung Latah The Mummy, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Bulan dan Pria Terhebat, Hero: Jangan Bikin Panas, Tanda Putera, 1957: Hati Malaya, Puteri Impian dan banyak lagi.


Bell pernah meraih kejayaan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 1998 menerusi telefilem menyentuh hati berjudul Pa’e yang dibintangi Shaheizy Sam dan Harun Hashim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >