Pelawak Joey dapat rezeki lukis 15 mural di Muar
Premium
Pelawak Joey dapat rezeki lukis 15 mural di Muar
May 11, 2022 | 5:30 AM
Pelawak Joey dapat rezeki lukis 15 mural di Muar

BAKAT SENI: Ini antara mural yang disiapkan oleh Joey Daud untuk Majlis Perbandaran Muar yang telah mendapat perhatian Sultan Johor. - Foto-foto UTUSAN MALAYSIA -
PELAWAK dan pelakon Malaysia, Joey Daud tidak menyangka, lukisan tembok hasil kreatifnya telah mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sehingga beliau kemudiannya diberi tawaran untuk menambah lima lagi lukisan, menjadikan jumlah 15 mural yang harus disiapkan di sekitar bandar Muar, Johor, pada tahun ini.
Menurut Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud,49, selepas mendapat perkenan daripada Sultan, beliau kini dipertanggungjawabkan meneruskan projek mural itu termasuk di daerahTangkak.

