Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelbagai acara menarik tersedia sempena musim cuti

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



TIDAK merancang melancong ke luar negara, namun mahu pastikan anak-anak melakukan kegiatan bermakna?



Anda tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai program kanak-kanak yang tersedia di Pulau Singa ini sepanjang bulan Disember.



PROGRAM KENDALIAN TAMAN WARISAN MELAYU



Taman Warisan Melayu menganjurkan dua permainan dalam talian interaktif iaitu My First Wayang Kulit Show dan I am a Little Jewellery Designer.



Permainan pertunjukan wayang kulit membolehkan kanak-kanak berpeluang menjadi dalang kecil dan membuat persembahan Ramayana pertama mereka.



Sementara itu, permainan yang membolehkan kanak-kanak menjadi pereka barang kemas membawa para pemain ke sebuah kampung bernama Kampong Intan yang pernah wujud di Singapura, dan terkenal ketika itu sebagai pusat perniagaan berlian dan barang kemas.



Kanak-kanak boleh menyertai permainan itu bersama watak Laila dan Oreo dalam permainan video interaktif di mana mereka boleh menuai intan dan berlian sendiri, menggilapnya dan menggunakannya untuk reka barang kemas yang cantik.



Selain daripada permainan interaktif dalam talian, kanak-kanak boleh menonton siri video bercerita mengenai sejarah Nusantara di YouTube.



Siri bercerita itu memaparkan cerita rakyat dari dunia Nusantara.



Kertas aktiviti dalam bahasa Melayu dan Inggeris juga tersedia untuk dimuat turun untuk video terpilih.



KENANG KEMBALI SEJARAH SINGAPURA



Satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan ialah melawat Muzium dan Gereja Kecil Changi (CCM) bagi mendalami kisah tawanan perang dan orang awam yang ditahan di kem penjara Changi semasa Penjajahan Jepun.



Muzium Changi telah dirombak dan dibuka semula pada Mei tahun lalu dengan kandungan dan artifak baru, termasuk cerita dan objek peribadi yang dikumpulkan daripada keluarga bekas tahanan yang dipersembahkan dalam format yang intim dan menarik.



Sementara itu, Refleksi Bukit Chandu pula menggalak pengunjung merenung penderitaan yang dilalui tahanan, serta keberanian dan ketabahan mereka semasa Perang Dunia Kedua.



PELAJARI BUDAYA LAIN



Bawa anak-anak menyertai kegiatan Little Adventurers di Pusat Warisan India (IHC) dan mempelajari mengenai budaya masyarakat India menerusi ruang permainan interaktif yang akan diperkenalkan dengan konsep 'Bunyi, Pergerakan dan Persembahan'.



Dalam ruang permainan interaktif itu, kanak-kanak akan dapat meniru pergerakan seorang penari klasik India, belajar tentang irama dan juga berseronok mencipta semula adegan daripada dua cerita rakyat dalam segmen teater.



Dengan kerjasama Artground, ruang pengalaman telah dicipta untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada konsep 'Pergerakan dan Bunyi' melalui tarian, muzik dan teater.



Mereka akan mengikuti tiga bentuk tarian iaitu Bharatanatyam, Odissi dan Kathak dalam pod tarian di mana kanak-kanak akan meniru pergerakan tarian yang dipaparkan di skrin.



Ruang Permainan Interaktif di IHC akan diadakan hingga 25 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >